Tarikh : 22 JANUARI 2026.
Pada 22 Januari 2026, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Politeknik Muadzam Shah (PMS).Lawatan yang melibatkan 11 orang pegawai PMS ini bertujuan memperkukuhkan pelaksanaan Work Based Learning (WBL) melalui perkongsian amalan terbaik serta pengalaman pengurusan WBL di peringkat institusi.
Taklimat lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Unit WBL PIS, Puan Khatijah binti Md Saad, dan turut disertai oleh ketua-ketua jabatan, ketua program serta ketua unit yang terlibat.
Semoga kolaborasi ini dapat memperkasakan lagi pelaksanaan WBL demi melahirkan graduan yang kompeten dan bersedia ke alam industri.



