Tarikh : 12 MEI 2026.
Satu sesi penilaian oleh panel penilai luar, Malaysian Qualification Agency (MQA) bagi Program Sijil Khas Operasi Katering (KOK) telah diadakan di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) sebelum proses penilaian bagi permohonan akreditasi penuh yang dijangka pada bulan Julai 2026.
Panel penilai luar ialah Dr. Haji Nor Hairul bin Palal, Pensyarah Utama, Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh.
Semoga rumusan lawatan panel penilai luar MQA ini memberikan impak yang positif dalam usaha meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan dan kualiti pelajar pekak di PIS.
โ๐ ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฐ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐น๐ฎ๐น๐๐ถ ๐๐ธ๐ฟ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐๐ฎ๐๐ถโ


