Tarikh : 19 JANUARI 2026.
Satu lawatan Kolaborasi daripada Politeknik Kampar, Indonesia ke Politeknik Ibrahim Sultan telah diadakan di Bilik Persidangan, PIS. Lawatan ini telah diketuai oleh Ir. Nina Veronika, ST., M.Sc Direktur Politeknik Kampar Indonesia dan Eka Suma Hamid, ST.,M.Si, Ketua Yayasan Datuk Tabano, Indonesia bersama 9 orang angota delegasi yang terdiri daripada Pensyarah dan Jawatankuasa Yayasan Datuk Tabano. Delegasi Lawatan ini telah disambut dan disantuni oleh YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, TPA PIS, YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor, TPSA PIS, YBrs. Hj. Hamzah bin Zakaria, TPGS, PIS dan Ts. Suhaila binti Basar, Ketua Unit CISEC,PIS serta barisan ketua Jabatan Akademik dan Ketua Unit Sokongan Akademik.
Lawatan ini di mulai dengan sesi perbincangan dan perkongsian potensi kolaborasi akademik dan industri antara kedua-dua institusi. Semoga bermulanya tahun baru ini kolaborasi strategik antara dua institusi ini mendatangkan impak yang positif kepada kesinambungan pendidikan dan kebolehpasaran mahasiswa.





