Skip to content
Home » Berita » Kursus Induksi PP-PPT

Kursus Induksi PP-PPT

Tarikh : 25 OKTOBER 2025.

Southern Talent Reskilling and Upskilling Centre (STRUC), Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan Kursus Induksi Pegawai Penilai – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) yang disertai oleh pensyarah dan pegawai latihan dari pelbagai jabatan. Sesi selama dua hari telah disampaikan oleh Ts. Bizaisham bin Bidin selaku penceramah jemputan daripada Bahagian Pensijilan Kompetensi (BPK), Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Kursus ini bertujuan memperkukuh kefahaman peserta terhadap dasar, konsep dan tatacara pelaksanaan sistem PPT yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Ia juga merupakan syarat wajib sebelum seseorang pegawai boleh melaksanakan penilaian calon PPT secara sah.

Sepanjang dua hari penganjuran, peserta didedahkan dengan:

•Struktur dan peranan JPK dalam Sistem Pensijilan Kemahiran

Malaysia (SPKM)

•Penggunaan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS)

•Kaedah pembangunan portfolio dan penilaian keterampilan calon

•Tatacara dan etika pelaksanaan penilaian PPT

Kursus ini bukan sahaja meningkatkan kompetensi dan profesionalisme pegawai penilai, tetapi turut menyokong pelaksanaan Dasar TVET Negara 2030 ke arah memperkukuh sistem pengiktirafan kemahiran berasaskan kompetensi dan pembelajaran sepanjang hayat.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing tinggi.

“Revolutionising Talent, Redefining Futures”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *