Skip to content
Home » Berita » Kursus 3R : Rest, Recharge, Reset

Kursus 3R : Rest, Recharge, Reset

Tarikh : 23 SEPTEMBER 2025.

Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) Politeknik Ibrahim Sultan bersama AKRAB PIS dan Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan (ULPL) telah berjaya melaksanakan Kursus 3R : Rest, Recharge, Reset bertempat di Galeri CDeC PIS. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai Psikologi dan ahli AKRAB PIS.

Kursus ini adalah berfokus kepada Pengurusan Stres, Pengurusan Konflik dan juga Pengurusan Emosi. Semoga dengan penganjuran kursus ini peserta lebih bersemangat, yakin diri serta dapat merasai keseronokan bekerja di samping mengimbangi keperluan prestasi kerjaya, diri dan keluarga.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan memberi sokongan dalam menjayakan program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *