Tarikh : 22 JANUARI 2026.
Kolokium Prasiswazah bagi Pelajar Pengajian Sarjana Muda Kali Ke-4, Sesi 1 2025/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 20 Januari 2026 (Selasa), melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda daripada dua program pengajian, iaitu Ijazah Sarjana Muda Pelancongan dan Hospitaliti Dengan Kepujian (BTH), JPH serta Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual & Media Baru (BDM), JRKV.
Penganjuran kolokium ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Encik Abdul Kharim bin Abdul Hamid, serta Ketua Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Encik Hanizam bin Hussin.
Penganjuran kolokium ini bertujuan menyediakan platform akademik kepada para pelajar untuk membentangkan hasil kajian dan projek prasiswazah secara formal, selaras dengan amalan penyelidikan di peringkat pengajian tinggi. Program ini turut menyumbang kepada pembangunan kemahiran komunikasi akademik, pemikiran kritikal serta kebolehan pelajar menyampaikan idea secara profesional dan berstruktur.
Panel Penilai (BTH, JPH) :
1. Dr. Norbaiti Tukiman – UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
2. Dr. Wan Munirah binti Wan Mohamad – UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
3. Ruqaiyah Binti Ab Rahim – UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
4. Dr. Catherine Nguoi Chui Lam – JPA ,PIS
5. Dr. Rozieana Abu – JKE ,PIS
6. Dr. Nurul Shida binti Noni – JMSK,PIS
Panel Penilai (BDM, JRKV) :
1. Galeri Aura Islam, Iskandar Puteri, Johor
2. Firefly Park, Kota Tinggi
3. Kota Jail, Johor Bahru
4. Puan Nur Fatin Athirah Binti Mohd Narawai – JRKV , PIS
5.Encik Ahmad Irfan Bin Mohamad Rafi – JRKV, PIS



