Tarikh : 11 OKTOBER 2025.
Hari Sukan Negara Peringkat Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan 200 orang pelajar dan staf. Program ini dimulakan dengan aktiviti Zumba bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil (DTLAJ), PIS. Zumba ini diketuai oleh kumpulan Z-Fit PIS.
Program diteruskan dengan Program Kembara Sahsiah Mengemudi Tradisi (explorace) bagi pelajar Kokurikulum Badan Beruniform. Program ini merangkumi aktiviti aktiviti permainan yang melibatkan penguasaan kemahiran kognitif dan sahsiah. Aktiviti permainan ini dilaksanakan secara berpasukan yang menekankan aktiviti kerjasama antara ahli kumpulan, komunikasi, kepimpinan, dan daya saing yang sihat. Peserta akan diminta untuk menyelesaikan masalah secara berkumpulan bagi mengakhiri setiap cabaran yang diberikan dalam setiap tugasan tertentu
Tahniah diucapkan kepada semua warga Politeknik yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Politeknik Ibrahim Sultan menjadi satu program yang dapat memupuk gaya hidup aktif dalam kalangan warga PIS dan menjadi titik tolak kepada amalan sihat sepanjang hayat.





