Tarikh : 28 OGOS 2025.
Telah berlangsung Flag Off Pasukan Penunggang dari PIS ke Program International CSR Merdeka Ride 2025
Malaysia To Koh Samui, Thailand ol;eh Hj Ulaimi Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, bertujuan mengeratkan hubungan sosial sambil mempromosikan pemanduan berhemah dan tanggungjawab sosial komuniti.
Seramai 7 orang pasukan PIS yang menyertai iaitu Ustaz Hidayat Shafie, Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Am, Hj. Shahreen Ishak, Encik Khairul Nazry Talib, Tengku Mahadi Tengku Muda, Encik Hamid Salamon, Pensyarah Jabatan Kejuteraan Mekanikal, Encik Mohd Syaiful Amry Mohamed Yatim, Pegawai Perhubungan & Latihan Industri dan EncikMohamad Nazri Bin Mokhtar, Pegawai Unit Antarabangsa PIS.
Konvoi yang dijadual berlangsung selama lima hari bermula 28 Ogos hingga 2 September 2025 ini melibatkan perjalanan sejauh 750 kilometer sehala merentas beberapa lokasi utama seperti Politeknik Ungku Omar, Kolej Komuniti Arau, Bukit Kayu Hitam, Hat Yai, Donsak Surat Thani, dan berakhir di Tambon Maret, Koh Samui, Thailand.
Pesertaa akan menghadiri Bengkel Pemanduan Berhemah yang berlangsung pada 28 Ogos di Perak. Bengkel tersebut menampilkan ceramah oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) Perak dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik Perak. Antara topik yang dibincangkan ialah undang-undang jalan raya, kesalahan lalu lintas serta pengubahsuaian kenderaan yang tidak mematuhi peraturan.
Konvoi ini bukan sahaja bertujuan memeriahkan sambutan kemerdekaan, tetapi turut menekankan tanggungjawab sosial komuniti (CSR) melalui pelbagai aktiviti seperti perkongsian ilmu dan penyampaian tabung sumbangan kepada POLYCC Masjid Klang di Tambon Maret, Koh Samui. Selain itu, peserta juga akan menjalankan aktiviti kebersihan di Sekolah Nurul Ihsan Islam, Tambon Maret, sebagai usaha memelihara dan mencintai alam sekitar.
Program ini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan antara komuniti di Malaysia dan Thailand serta memupuk semangat pemanduan yang berhemah dan bertanggungjawab di kalangan peserta.



