Tarikh : 13 MEI 2026.
Majlis pelepasan (𝑓𝑙𝑎𝑔-𝑜𝑓𝑓) bagi International Outreach Student’s Programme to Singapore for Academic Visit ke Nanyang Polytechnic telah berlangsung dengan jayanya di pekarangan legar Lobi Bangunan Pengurusan Politeknik Ibrahim Sultan.
Majlis flag-off ini telah disempurnakan oleh YM. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik, serta YBrs. Encik Mohd. Firdaus bin Mohd. Noor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.
Turut hadir ialah Puan Rohaida binti Razi CiDe, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar; Dr. Zauyani binti Zainal Mohamed Alias; Puan Normatul Shafinaz binti Omar, Ketua Program Rekabentuk Grafik; serta barisan pensyarah yang akan mengiringi 23 orang pelajar Program Rekabentuk Grafik. Program ini dikelolakan oleh Puan Noraslinda binti Yusof, Pensyarah DRG, bersama Puan Muneswary a/p Saminathan.



