Tarikh : 16 OKTOBER 2025.
Sekalung tahniah diucapkan kepada dua orang peserta pelajar Program Sijil Khas Reka Fesyen (KRF) Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah disenarai pendek 5 terbaik bagi keputusan kategori Kategori Painting and Waste Reuse, dalam Pertandingan Abilympics Kebangsaan 2025 yang dianjurkan oleh Majlis Pemulihan Malaysia (MCR). Keputusan diterima pada 08 Oktober 2025 dan ianya adalah hasil dari Pertandingan Abilympics Kebangsaan 2025 di Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan (PLPP) Bangi yang telah bertanding pada 27 September 2025 lalu.
Semoga kedua pelajar ini akan terus mengorak kejayaan dalam peringkat tapisan seterusnya kelak.
Jurulatih
1. Puan Nor Hidayah binti Halim
Peserta
1. Mohamad Danial bin Abdul Aziz (09KRF25F1805)
2. Mustabsyirah Binti Mohd Hatta (09KRF24F1002)





