Tarikh : 25 OKTOBER 2025.
Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan program Hub Kolaborasi TVET: Gerbang Kerjaya dan Bakat Teknologi Rekabentuk Industri Kreatif. Program ini diadakan sebagai platform kolaborasi strategik yang menghimpunkan industri, ahli akademik, pemain TVET dan kerajaan melalui perkongsian idea dan kepakaran yang berupaya memacu penyebarluasan Model Rasionalisasi Program TVET dalam bidang Rekabentuk Industri Kreatif. Program telah dibuka secara rasmi dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Riam a/p Chau Mai, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan disantuni oleh YBrs. Haji Ulaimi bin Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan serta barisan JK Pengurusan PIS.
Semoga melalui diskusi ini membuka lembaran baru dan menjana idea positif dalam usaha meningkatkan nilai kolaborasi yang bertujuan memperkasa graduan dan bakat dalam bidang Teknologi Rekabentuk Industri Kreatif.





