Tarikh : 21 NOVEMBER 2025.
Telah berlangsung VISCOM SHOW kali ke-41 di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, PIS. Hasil karya pelajar semester akhir dipamerkan daripada program Diploma Reka Bentuk Grafik, Diploma Reka Bentuk Industri, Diploma Reka Bentuk Fesyen dan Diploma Animasi Kreatif bagi Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan.
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Beliau telah menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang mendapat projek terbaik.
Penganjuran VISCOM Show adalah bermatlamat untuk menghasilkan graduan TVET berkualiti dengan membuat program pembangunan pelajar berciri kepimpinan, sukarelawan dan kerohanian dengan mengetengahkan bidang reka bentuk kreatif, seterusnya menjadi pelantar bagi pelajar-pelajar semester akhir untuk mendapatkan peluang kerjaya sejajar dengan empat lonjakan pertama yang memfokuskan keberhasilan warga pendidikan tinggi.



