Tarikh : 29 OKTOBER 2025.
Satu Bengkel Penghasilan Doodle – My Creative Tote Bag Di Sekolah Kebangsaan Taman Desa Skudai, Johor telah dilaksanakan dengan jayanya dengan penyertaan 100 orang murid yang terdiri daripada darjah 2 hingga darjah 6. Terima kasih kepada Encik Mohd Tuahfik bin Ithnin, Guru Besar SK Taman Desa Skudai di atas jemputan dan kerjasama ini bersama Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada seni doodle dan penggunaannya dalam produk harian. Bengkel ini melibatkan pelajar Kursus DVI40193 Event Management semester 4 yang melibatkan pelajar Diploma Reka Bentuk Fesyen DRF4A yang di bimbing oleh Cik Norulaini Binti Mohd Ramly dan Puan Siti Zaitul Hajar binti Hassan.
Semoga dengan pendedahan bengkel ini,murid berpeluang meneroka idea seni doodle dengan gaya dan imaginasi tersendiri, sekali gus membina kemahiran berfikir aras tinggi.





