Skip to content
Home » Berita » Bengkel Libat Urus Work-Based Learning (WBL) Bersama GITC

Bengkel Libat Urus Work-Based Learning (WBL) Bersama GITC

Tarikh : 19 NOVEMBER 2025.

Satu Bengkel Libat urus Work – Based Learning (WBL) telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Ibrahim Sultan. Bengkel ini merupakan anjuran Government -Industry TVET Coordination Body (GITC) dan ianya bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik antara institusi TVET dan industri bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Selain itu, melalui bengkel ini juga telah menghimpunkan seramai 78 orang pelajar Ijazah dan Diploma di PIS, 30 orang wakil industri yang telah mewakili 23 industri dari sekitar Johor, Melaka dan Pulau Pinang. Kehadiran wakil dari PERKESO turut memberi perkongsian peranannya dalam aspek perlindungan kepada majikan dan pekerja yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan WBL.

Melalui bengkel ini, peserta telah didedahkan dengan pelaksanaan WBL yang menggabungkan pembelajaran akademik dengan pengalaman kerja sebenar, taklimat perlindungan sosial PERKESO untuk pelajar dan majikan yang terlibat dalam WBL dan sesi perkongsian Council of Experts (CoExp) yang menampilkan amalan terbaik industri serta strategi memperkukuhkan ekosistem TVET nasional.

Semoga program ini memberi banyak manfaat kepada pelajar dalam membentuk kebolehpasaran diri dan persediaan diri dalam dunia pekerjaan sebenar serta pendedahan bagi membina kerjaya kelak.

#wblpis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *