Skip to content
Home » Berita » Basic Of Psychology And Leadership Organisation (Boplo) Siri 1/2026

Basic Of Psychology And Leadership Organisation (Boplo) Siri 1/2026

Tarikh : 24 JANUARI 2026.

Unit Pengurusan Psikologi bersama Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah menganjurkan Program Basic of Psychology and Leadership

Organisation (BOPLO) Siri 1/2026 bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, PIS. Seramai 90 orang peserta telah turut serta dalam program ini.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman asas berkaitan ilmu psikologi bagi membantu peserta memahami tingkah laku, emosi dan pemikiran individu dalam sesebuah organisasi. Selain itu, program ini membantu peserta mengasah kemahiran komunikasi, membina semangat kerjasama dan mewujudkan suasana kerja berpasukan yang harmoni. Sekaligus, ianya dapat membantu memantapkan peranan Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dan mampu melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dengan lebih efektif melalui pengetahuan psikologi untuk menyokong pembangunan sahsiah diri dan rakan sebaya.

#uppsipis

#prspis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#PolyCCTVETForAll

#oneteammoredreams

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *