Skip to content

Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) Politeknik Ibrahim Sultan bertanggungjawab menyelia kemudahan sukan, kokurikulum dan kebudayaan kepada pelajar dan warga politeknik. Kemudahan yang terdapat bawah seliaan JSKK PIS termasuk Kompleks Sukan (gelanggang badminton dan gimnasium) serta gelanggang-gelanggang sukan. Kemudahan ini boleh juga disewa oleh pihak luar bagi menjalankan aktiviti sukan. Politeknik Ibrahim Sultan juga merupakan Pusat Kecemerlangan Atlet (PKAT) Kayak Politeknik Malaysia.

Visi

Melahirkan graduan TVET yang berpersonaliti unggul,bersahsiah serta berdisiplin tinggi melalui penglibatan dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan

Misi

  • Menerap dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Politeknik Ibrahim Sultan terutamanya pelajar
  • Menyediakan fasiliti sukan, kokurikulum dan kebudayaan yang selamat untuk digunakan
  • Membangunkan bakat sukan, kokurikulum dan kebudayaan yang ada pada seseorang pelajar ke tahap yang lebih baik secara berterusan
Fungsi / Perkhidmatan

Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) terdiri daripada tiga unit utama iaitu Unit Sukan,Unit Kokurikulum dan Unit Kebudayaan,Kesenian dan Warisan.

Fungsi perkhidmatan Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK):

  • Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti dan kemudahan sukan kepada pelajar di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).
  • Pengurusan bakat pelajar yang baru dan memantau dan menambahbaik bakat yang sedia ada.
  • Mentadbir urus perolehan serta penambahbaikan kemudahan peralatan sukan dan kokurikulum.
  • Menyediakan pasukan yang mewakili PIS dalam sukan, kokurikulum dan kebudayaan.
  • Merancang, menyelaras, melaksanakan dan memantau pengisian dan penilaian kurikulum kokorikulum(MPU).
  • Melatih dan melahirkan pelajar yang berupaya memimpin dan mempunyai jati diri yang tinggi.
  • Membantu dalam mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, berdisiplin, berdedikasi disamping mempunyai sikap toleransi dan kerjasama
Carta Organisasi
Direktori Staff
BilNamaJawatanEmail
 Email Rasmi Jabatanjskkpis@gmail.com
1Mohamed Rafi bin M.S SolaimanKetua Jabatanmohamedrafi@pis.edu.my
2Alyyati binti Mohd TalibKetua Kursus Kokurikulumalyyati@pis.edu.my
3Siti Norbaiah binti HarunPegawai Belia dan Sukansitinorbaiah@pis.edu.my
4Khadijah binti Md AliKetua Unit Kebudayaankhadijahali@pis.edu.my
5Siti Salwa binti KusairiPegawai Kebudayaan, Kesenian dan Warisansitisalwa@pis.edu.my

Unit Kokurikulum

Unit Kokurikulum bertanggungjawab dalam membantu jabatan bagi mengurus kursus Kokurikulum di Politeknik Ibrahim Sultan. Unit Kokurikulum juga memfokuskan kepada penyediaan pengetahuan dan pengalaman yang boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik kuliah bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif

Waktu Operasi

ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang

SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup

(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)

Hubungi Kami

Kompleks Sukan
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim


Tel : (Pejabat)
Faks : +607-261 2402

Emel : jskkpis@gmail.com