Skip to content

Unit Kolej Kediaman Pelajar, Politeknik Ibrahim Sultan adalah salah satu unit di bawah sokongan akademik yang bertanggungjawab dalam menyediakan tempat tinggal yang selesa dan selamat kepada pelajar, menyediakan perkhidmatan sokongan seperti kemudahan kesihatan, gelanggang riadah, serta membentuk pengurusan dan disiplin pelajar dengan mematuhi peraturan dan etika yang telah semasa tinggal di kolej kediaman pelajar.

Fungsi / Perkhidmatan

Pengurusan Kolej Kediaman

  • Mengurus dan merancang pendaftaran pelajar di kolej kediaman
  • Menguruskan, merancang dan menyediakan kelengkapan serta kemudahan di kolej kediaman
  • Menyelia aduan kerosakan dan membuat pemantauan kerja-kerja pembaikan serta memastikan kerja-kerja dan penyelenggaraan di kolej kediaman dilaksanakan.

Warden

  • Bertanggungjawab terhadap kebajikan dan disiplin pelajar kolej kediaman
  • Berperanan sebagai penasihat dalam merancang dan menjayakan aktiviti di kolej kediaman
  • Mengambil tindakan segera terhadap kes-kes salah laku, kemalangan, kecemasan, kematian dan seumpamanya.

Pusat Rawatan

  • Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan serta memberikan rawatan awal bagi semua kes kecemasan sebelum menyerahkan pengendalian  selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.
  • Menguruskan pembelian dan peralatan perubatan.
Carta Organisasi

Waktu Operasi

ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang



SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM
Tutup

(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)

Hubungi Kami

Pejabat Kolej Kediaman Pelajar
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
Tel : +6010-8435506 (Pejabat)

Faks : +607-261 2402

Emel : ukkp@pis.edu.my