Skip to content

Sesuai dengan matlamat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan dunia, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperkenalkan kursus Pelancongan dan Hospitaliti dalam program pendidikan Politeknik Malaysia. Kursus Hospitaliti mula diperkenalkan pada tahun 1998 di Politeknik Johor Bahru (PJB) di bawah Jabatan Hospitaliti & Fesyen (JHF) yang kemudiannya bertukar kepada Jabatan Hospitaliti (JH) pada tahun 2005. Kini ia dikenali sebagai Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH) setelah dimurnikan bermula pada 1 Januari 2011. PJB merupakan politeknik pertama di Malaysia yang menawarkan kursus Pelancongan dan Hospitaliti sepenuhnya. PJB telah bertukar nama kepada Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) sempena nama DYMM Sultan Johor ke-25 pada 15 Disember 2011. 

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) merupakan pusat kecemerlangan dalam bidang industri perkhidmatan. Terletak di institusi yang dinamik ini, jabatan ini menawarkan ENAM (6) program pengajian yang komprehensif untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam sektor pelancongan dan hospitaliti yang sentiasa berkembang maju. 

Tn. Hj Abdul Kharim bin Abdul Hamid
Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti
Program Pengajian
  1. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti
  2. Diploma Pengurusan Hotel
  3. Diploma Pengurusan Pelancongan
  4. Diploma Pengurusan Acara
  5. Sijil Khas Operasi Katering

Setiap program ini direka untuk memberikan pendedahan mendalam dalam bidang khusus masing-masing. BTH memfokus kepada pengurusan perkhidmatan hospitality dan pelancongan. DEV memfokuskan pada perancangan dan pengurusan pelbagai jenis acara. DHM menyediakan pelajar dengan kemahiran dalam perkhidmatan pengurusan hotel. DUP melatih pelajar dalam aspek pengurusan dan operasi pelancongan. DCY memberi tumpuan pada melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan dalam penyediaan makanan, keselamatan dan teknik persembahan makanan yang diperlukan. Manakala KOK menawarkan asas kemahiran dalam operasi katering. 

Dengan kurikulum yang menggabungkan teori dan amali, matlamat jabatan ini adalah untuk menghasilkan graduan yang berdaya saing dan bersedia untuk menghadapi cabaran dunia sebenar dalam industri hospitality dan pelancongan. Melalui program-program yang ditawarkan, pelajar diberi peluang untuk meneroka pelbagai aspek industri pelancongan dan hospitaliti, mempersiapkan mereka untuk kerjaya yang menarik dan berpotensi tinggi dalam sektor ini. 

PEO / PLO
Carta Organisasi
Aktiviti Jabatan
  1. Aktiviti Tahun 2023
  2. Aktiviti Tahun 2024
Kemudahan & Fasiliti
Galeria JPH

Fasiliti ini digunakan untuk sesi taklimat dan suaikenal di antara pelajar baru dan pensyarah/staf jabatan semasa PROGRAM HALUAN SISWA PERINGKAT JABATAN. la juga digunakan sebagai salah satu lokasi PdP kepada pelajar dan ruang untuk melaksanakan sesuatu majlis atau acara. Pelajar turut memanfaatkan lokasi ini untuk berehat sementara menunggu waktu kuliah yang akan berlangsung. Pelajar turut menggunakan fasiliti ini untuk mengulangkaji subjek, menyiapkan tugasan, perbincangan secara berkumpulan dan sebagainya.

Dapur

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti mempunyai 4 buah dapur (Kitchen). Para pelajar akan menjalani pembelajaran secara praktikal di sini sebelum menjalani latihan praktikal yang akan mendedahkan kepada mereka suasana pekerjaan yang sebenar.

Restoran Baiduri

RESTORAN SRI BAIDURI merupakan fasiliti yang turut disediakan di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH). Para pelajar akan menjalani latihan secara praktikal di sini. Mereka akan terdedah kepada suasana persekitaran sebelum menuju dunia pekerjaan yang sebenar. Di sini, mereka akan mempelajari dan mempraktikkan pelbagai teknik seperti penyediaan perkhidmatan yang berkualiti, penyediaan makanan, penghidangan makanan, pengurusan kewangan, susun atur peralatan dan sebagainya.

Bilik Dobi

Bilik Dobi (Laundry Room) sangal penting untuk memastikan pelaksanaan class kitchen lebih mudah dan fleksibel. Bilik Dobi berfungsi sebagai tempat membasuh linen yang telah digunakan di Restoran Baiduri atau Class Kitchen. Ruang ini juga dijadikan sebagai tempat menggosok, melipat dan mengeringkan linen.

Makmal CRS

Makmal ini digunakan untuk kerja-kerja praktikal dalam simulasi sistem kawalan. Makmal ini juga mengadaptasi teknik pengaturcaraan pengalatan automasi dan robotik dipraktikkan mengikut industri sebenar.

Mock Office

Bilik ini digunakan bagi menyediakan latihan .

Dewan Kuliah (Lecture Hall)

Dewan ini digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar yang ramai.

Bilik Seminar (Conference Room)

Bilik ini menyediakan ruang bagi urusan mesyuarat, pembentangan projek pelajar dan bilik persidangan bagi kemudahan staf dan pelajar. Ia mampu menempatkan maksimum 30 orang dalam satu masa.

Anugerah & Pencapaian

Waktu Operasi

ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang

SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup
(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)

Hubungi Kami

Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH)
Politeknik Ibrahim Sultan,
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim

Tel : ( Ketua Jabatan)
Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402

Emel : pisjphsurat@gmail.com