Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti
JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI
RINGKASAN PROGRAM
Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti merupakan program pengajian peringkat ijazah sarjana muda yang berbeza daripada institusi lain yang menawarkan program yang sama melalui elemen Work Based Learning (WBL). WBL membolehkan pelajar menimba kemahiran dan pengetahuan dengan optimum di dalam bidang pilihan selama 10 bulan di industri yang dipilih.Pelajar akan mengikuti sebahagian pembelajaran secara konvensional di kampus dan sebahagian lagi di industri. Ini memberikan pengalaman yang luas dan membuka ruang kepada pelajar untuk menempatkan diri mereka dalam bidang yang mereka minati. Pelajar juga berpeluang mewujudkan hubungan dengan majikan yang berpotensi pada masa hadapan dalam meningkatkan kebolehpasaran kerja.
Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan graduan berkemahiran softskills, pembangunan industri dan kemahiran metadologi penyelidikan bagi memenuhi keperluan industri pelbagai disiplin secara global, di samping memenuhi perjawatan di peringkat pengurusan dan professional.
Antara ciri-ciri program ini ialah:
Pembelajaran berasaskan aplikasi dan latihan.
- Berasaskan WBL di industri pelancongan dan hospitaliti yang diminati;
- Kemahiran insaniah yang diterapkan dalam semua kursus;
- Pendedahan elemen pengurusan di peringkat antarabangsa;
- Proses pembelajaran dan pengajarannya bersifat hands-on;
Tempoh Pengajian : 8 Semester

Prospek Kerjaya
Graduan mempunyai pelbagai peluang pekerjaan
Government
- Lecturer
- Ministry of Tourism Officer
- Food Preparation Division Officer (KKM)
Corporate - Front Office Manager
- Food & Beverages Manager
- Banquet Manager
- Housekeeping Manager
- Sales Manager
- Marketing Manager
- Director of Sales & Marketing Manager
- Head of Commercials
- Procurement Manager
- Ticketing Officer
- Guest Service Manager
- Theme Park Coordinator
- Event Manager
- Customer Service Executive
- Travel and Tour Manager
- Show & Entertainment Executive
- Team Lead
- Life Guard
- Lecturer
Self-Employed - Catering Manager
- Tour Freelance
- Entrepreneur
- Event Consultant
- Tour Consultant
Rujukan : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti