Skip to content

Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual merupakan jabatan reka bentuk yang pertama ditubuhkan di bawah sistem Politeknik Malaysia pada tahun 1998. Pada awal penubuhannya, ianya dikenali sebagai Jabatan Reka Bentuk yang menawarkan dua program sahaja iaitu Program Reka Bentuk Grafik dan Program Reka Bentuk Industri. Pada tahun 2005, Jabatan Reka Bentuk membuat re-branding dengan menukar nama jabatan menjadi Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) selaras dengan kemasukan Program Reka Bentuk Fesyen dan Pakaian yang sebelum ini di bawah naungan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Penggunaan nama JRKV kekal sehingga ke hari ini.

Program – program yang ditawarkan di bawah jabatan ini berteraskan kepada kreativiti dan penciptaan yang baharu atau penciptaan yang lama diolah menjadi baharu berteraskan inovasi dan teknologi terkini dengan bimbingan para pensyarah yang berpengalaman dan berdedikasi. Terdapat satu (1) program Ijazah, empat (4) program Diploma, dan dua (2) program Sijil Khas Kemahiran Politeknik (Pengambilan Pelajar Khas iaitu pelajar – pelajar pekak.) 

En. Hanizam bin Hussin
Ketua Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual

Pada 25 Februari 2010, Politeknik Ibrahim Sultan telah diberi watikah untuk dinaik taraf sebagai Politeknik Premier. Selaras dengan penerimaan watikah tersebut, beberapa dimensi baharu telah diperkenalkan antaranya pemerkasaan peranan industri dalam pendidikan dan latihan politeknik terutamanya dalam pewujudan Pusat Teknologi (COT – Centre of Technology) di Politeknik Ibrahim Sultan. Melalui bidang – bidang reka bentuk kreatif, JRKV telah dikenal pasti dan dipilih untuk menjadi Bidang Tujahan Utama (niche area) di Politeknik Ibrahim Sultan.    

Visi

Untuk menghasilkan pekerja teknikal yang kreatif, inovatif, berwibawa dan berkebolehan untuk mengaplikasi, meneroka dan menerajui di dalam bidang teknologi. 

Misi

Untuk menjadi sebuah jabatan yang dikenali dalam bidang Reka Bentuk dan Komunikasi Visual.

Objektif

  1. Menghasilkan graduan yang kreatif, inovatif dan berdedikasi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang reka bentuk;
  2. Menghasilkan graduan berkebolehan untuk menerima perubahan dalam pembangunan sosial, alam sekitar dan juga teknologi;
  3. Membangunkan graduan yang kreatif dan inovatif dalam bidang reka bentuk melalui teknik lukisan, reka bentuk dan susun atur rekaan; dan
  4. Melengkapkan graduan dengan kemahiran kepimpinan, keusahawanan dan komunikasi berkesan sebagai persediaan untuk ke pasaran global dalam bidang industri dan perniagaan.

Anugerah dan Pencapaian

Waktu Operasi

ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang

SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup
(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)

Hubungi Kami

Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual (JRKV)
Politeknik Ibrahim Sultan,
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Ta’zim

Tel : ( Ketua Jabatan)
Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402

Emel : jrkv@ pis. edu. my