Skip to content

Diploma Reka Bentuk Fesyen

JABATAN REKA BENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL


Home » Program Pengajian » Diploma Reka Bentuk Fesyen

RINGKASAN PROGRAM

Program ini direka untuk meliputi semua bidang utama dalam pengeluaran fesyen, termasuk reka bentuk, ilustrasi, lakaran pola, pembuatan pakaian dan keusahawanan. Kursus reka bentuk dijalankan di studio dan kursus pembuatan pakaian dijalankan dalam bengkel. Program ini memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan mesin, penggunaan teknik, pemilihan bahan-bahan, warna dan tekstur. Selain itu, penyelidikan, pemerhatian dan eksperimen amat diutamakan untuk menghasilkan produk. Melalui projek akhir, pelajar akan dinilai berdasarkan bakat dan kebolehan yang dimiliki serta kemahiran yang mereka pelajari sepanjang program. Mereka juga digalakkan untuk mencambahkan idea-idea kreatif bagi mencipta gaya tersendiri dalam rekaan melalui penyampaian koleksi akhir mereka.

Program ini mengambil masa enam semester untuk diselesaikan; lima semester akademik dan Latihan Industri pada semester akhir di syarikat-syarikat yang bersesuaian. Pada semester lima, pelajar-pelajar dikehendaki melengkapkan projek akhir yang juga akan mengukur pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pengajian mereka. Koleksi akhir pelajar akan dipamerkan secara professional melalui pertunjukan fesyen atau pameran pada akhir program .Kursus-kursus yang ditawarkan dalam program ini ialah Art History, Fundamentals of Drawing, Fundamentals of Art & Design, Introduction to Pattern & Garment Construction, Fundamental of Fashion Design, Pattern Drafting & Garment Construction, Fashion Illustration, History of Clothing, Textile Studies, Fashion Design, Pattern Development & Garment Construction, Garment Production Organization, Digital Fashion Design, Textile Design, Fashion Design & Portfolio, Advance Pattern Development &Garment Construction, Embroidery dan Visual Merchandising. 

Program ini juga menyediakan pelajar dengan nilai ditambah dan kemahiran boleh pindah yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baharu. Di samping itu, para pelajar juga belajar Communicative English for Fashion Design, Seni Dalam Islam, Pengajian Malaysia, Occupational Safety and Health (OSHA), Co-Curriculum, Entrepreneurship dan Event Management.

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Nama Program Lama : Diploma Fesyen dan Pakaian (MQA/FA3276)

Prospek Kerjaya

Diploma Reka Bentuk Fesyen menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam industri fesyen. Pelajar perlu mempunyai bakat, aspirasi dan kebolehan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri fesyen antaranya:

Kerajaan

  • Kementerian Pendidikan / Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Kraftangan Malaysia
  • Kementerian Kesenian, Pelancongan dan Kebudayaan

    Korporat
  • Pengusaha
  • Pereka Fesyen
  • Pembantu Pereka Fesyen
  • Ilustrator Muda
  • Penyulam
  • Visual Merchandiser
  • Pembantu Pembuat Pola
  • Pembantu Pereka Hiasan Dalaman
  • Penyelia Produksi
  • Pembantu Wardrobe
  • Pembantu Pengurus Jualan
  • Pembantu Penata Gaya
  • Pembantu Pengurus Acara
  • Pereka Kostum

    Bekerja Sendiri
  • Konsultan Rekaan Fesyen
  • Konsultan Rekaan Kraf
  • Perkhidmatan Rekaan Kraf
  • Konsultan Pengurusan Acara
  • Pereka Fesyen Bebas
  • Pengusaha Fesyen
  • Keusahawanan Runcit

Rujukan : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti