Skip to content
Home » Berita

Berita

Pelancaran Melaka Culinary Challenge di Hotel Ames

Tarikh : 03 JANUARI 2025. Ke Bawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Makan Malam Tahunan Dan Pelancaran Melaka Culinary Challenge di Hotel Ames, Ayer Keroh disambut oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Ab Rahman. Paduka Baginda selaku penaung Persatuan Cef Melaka menyampaikan anugerah dan medal penghargaan kepada 50 cef… Read More »Pelancaran Melaka Culinary Challenge di Hotel Ames

Amanat Tahun Baru 2025

Tarikh : 03 JANUARI 2025. Hj. Ulaimi Yahya, Pengarah dan warga Politeknik Ibrahim Sultan bersama-sama mendengar Amanat Tahun Baru 2025 yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Perhimpunan di insititusi ini adalah bertujuan untuk memastikan semua warga kerja PIS memahami dengan jelas amanat serta hala tuju yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri bagi tahun 2025. Sejurus amanat oleh YAB Perdana Menteri, Pengarah PIS turut menyampaikan ucapan dan… Read More »Amanat Tahun Baru 2025

Majlis Ukhwah Silaturahim PIS dan Perhimpunan Bulanan.

Tarikh : 31 DISEMBER 2024. Penutup tahun 2024. Majlis Ukhwah Silaturahim PIS dan Perhimpunan Bulanan bersama Pengarah dan warga PIS. Turut diadakan bacaan Yassin, ucapan oleh Tuan Pengarah, penyampaian sumbangan dan jamuan bersama semua warga PIS.

Pelajar PIS Melakar Nama Di Karnival Pencak Silat Beradat Antaranbangsa Piala Datuk bandar Pasir Gudang 2024.

Tarikh : 26 DISEMBER 2024. Tahniah dan syabas kepada wakil tunggal pesilat pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dari Kelab Silat Naga Selatan, saudara Fatah bin M. Nasir yang telah memenangi pingat gangsa di Karnival Pencak Silat Beradat Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang yang berlangsung di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Pelajar telah dibimbing oleh Puan Suhaila Samian selaku pengurus pasukan dan dibantu oleh Ustaz Mohammad Hamdan bin Abdul Ghanu,… Read More »Pelajar PIS Melakar Nama Di Karnival Pencak Silat Beradat Antaranbangsa Piala Datuk bandar Pasir Gudang 2024.

Lawatan Kerja Rasmi Dan Penanda Aras UKK PTSB Ke PIS

Tarikh : 24 DISEMBER 2024. Satu lawatan kerja rasmi dan penanda aras telah dilaksanakan oleh pengurusan Unit Komunikasi Korporat, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) ke Unit Komunikasi Korporat, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Kehadiran YBrs. Puan Selvamalar a/p Selvarajan, Ketua Unit Komunikasi Korporat PTSB telah disambut dan disantuni oleh YM. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, TPA PIS dan YBrs. Hj. Johaini bin Hj. Ibrahim, Ketua Unit Korporat PIS. Pertemuan telah diadakan… Read More »Lawatan Kerja Rasmi Dan Penanda Aras UKK PTSB Ke PIS

MAJLIS PENUTUP KOLOKIUM-3, 2024

Tarikh : 19 DISEMBER 2024. Program Kolokium-3 2024 telah dilaksanakan di peringkat Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan meggabungkan dua program peringkat Ijazah Sarjana Muda iaitu Sarjana Muda Pelancongan dan Hospitaliti Dengan Kepujian (BTH) dan Sarjana Muda Rekabentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian (BVC).Kolokium ini telah dilaksanakan bermula 18 hingga 19 Disember ini akan dijadikan program tahunan secara anjuran bersama bagi memenuhi keperluan kurikulum dengan memberi peluang kepada… Read More »MAJLIS PENUTUP KOLOKIUM-3, 2024

Kursus Pengurusan Umrah Secara “Do it Your Self” DIY

Tarikh : 18 DISEMBER 2024. Kursus Pengurusan Umrah Secara “Do it Your Self” DIY telah berjaya dianjurkan oleh Unit Latihan Dan Pendidikan (ULPL) PIS. Seramai 60 orang peserta dari kalangan STAF PIS telah terlibat dalam kursus ini. Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Mohd Khairul Naim bin Sameri, Pensyarah JPA dan Encik Khairul Nazry bin Talib, Pensyarah JKM. Objektif kursus ini memberi pendedahan berkaitan melaksanakan ibadah Umrah secara pengurusan… Read More »Kursus Pengurusan Umrah Secara “Do it Your Self” DIY

Hari Pengisytiharan Politeknik Ibrahim Sultan Kali Ke-13, 2024

Tarikh : 15 DISEMBER 2024. Selamat Menyambut Hari Pengisytiharan Politeknik Ibrahim Sultan kali ke-13 tahun. Beroperasi pada tahun 1998, dahulu dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru dan kini terus melangkah ke arah kecemerlangan dengan nama Politeknik Ibrahim Sultan.Semoga Politeknik Ibrahim Sultan terus cemerlang dan dikenali di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.