Skip to content
Home ยป Berita

Berita

Satu kunjungan hormat dan lawatan kerja rasmi oleh pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Tarikh : 19 MEI2026. Satu kunjungan hormat dan lawatan kerja rasmi oleh pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah berlangsung di Bilik Persidangan PIS. Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Encik Muhamad Ammar bin Abdullah, Pengarah YADIM Johor, dan telah disambut serta disantuni oleh YM. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik PIS. Pertemuan ini membincangkan kolaborasi yang akan dilaksanakan oleh kedua-dua pihak. Kunjungan ini… Read More »Satu kunjungan hormat dan lawatan kerja rasmi oleh pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Mesyuarat Lembaga Kurikulum Kursus Pengajian dan Program Latihan di Politeknik (MLK) Bil. 2/2026

Satu Mesyuarat Lembaga Kurikulum Kursus Pengajian dan Program Latihan di Politeknik (MLK) Bil. 2/2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi. Dalam mesyuarat tersebut, permohonan kurikulum baharu bagi Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan Kepujian / Bachelor of Electrical and Electronic Engineering Technology with Honours (BEE) telah dibentangkan oleh Ts. Dr. Nor Hidayu binti Shahadan selaku Pengerusi… Read More »Mesyuarat Lembaga Kurikulum Kursus Pengajian dan Program Latihan di Politeknik (MLK) Bil. 2/2026

Pelajar PIS Menyinar Di Worldskill Malaysia Belia 2026

Tarikh : 14 MEI 2026. Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudari ๐—ฅ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—›๐˜‚๐˜€๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ฎ b๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐˜‚ ๐—›๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—น๐—ผ๐—บ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—™๐—ฒ๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป, Politeknik Ibrahim Sultan atas kejayaan mara ke Peringkat Akhir Kebangsaan WorldSkills Malaysia Belia 2026 dalam bidang Fashion Technology. Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta bukti dedikasi, kreativiti dan semangat kecemerlangan dalam bidang kemahiran TVET. Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama institusi serta negeri Johor di persada… Read More »Pelajar PIS Menyinar Di Worldskill Malaysia Belia 2026

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Menyemarakkan Sambutan Hari Belia Negara Melalui Pelaksanaan Bacaan Ikrar Belia Malaysia Yang Penuh Semangat Dan Iltizam

Tarikh : 13 MEI 2026. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menyemarakkan Sambutan Hari Belia Negara melalui pelaksanaan Bacaan Ikrar Belia Malaysia yang penuh semangat dan iltizam. Disambut pada 15 Mei setiap tahun, hari istimewa ini menjadi simbol penghargaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan besar golongan belia sebagai pemacu pembangunan serta tonggak masa depan negara. Program ini telah dikelolakan oleh Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan dengan kerjasama pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE).… Read More »Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Menyemarakkan Sambutan Hari Belia Negara Melalui Pelaksanaan Bacaan Ikrar Belia Malaysia Yang Penuh Semangat Dan Iltizam

Flag Off International Outreach Studentโ€™s Programme To Singapore For Academic Visit; Nanyang Polytechnic

Tarikh : 13 MEI 2026. Majlis pelepasan (๐‘“๐‘™๐‘Ž๐‘”-๐‘œ๐‘“๐‘“) bagi International Outreach Studentโ€™s Programme to Singapore for Academic Visit ke Nanyang Polytechnic telah berlangsung dengan jayanya di pekarangan legar Lobi Bangunan Pengurusan Politeknik Ibrahim Sultan. Majlis flag-off ini telah disempurnakan oleh YM. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik, serta YBrs. Encik Mohd. Firdaus bin Mohd. Noor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Turut hadir ialah Puan Rohaida binti Razi CiDe, Ketua… Read More »Flag Off International Outreach Studentโ€™s Programme To Singapore For Academic Visit; Nanyang Polytechnic

Lawatan Panel Penilai Luar Mqa Bagi Program Sijil Khas Operasi Katering

Tarikh : 12 MEI 2026. Satu sesi penilaian oleh panel penilai luar, Malaysian Qualification Agency (MQA) bagi Program Sijil Khas Operasi Katering (KOK) telah diadakan di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) sebelum proses penilaian bagi permohonan akreditasi penuh yang dijangka pada bulan Julai 2026. Panel penilai luar ialah Dr. Haji Nor Hairul bin Palal, Pensyarah Utama, Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh. Semoga rumusan lawatan panel penilai luar… Read More »Lawatan Panel Penilai Luar Mqa Bagi Program Sijil Khas Operasi Katering

Kunjungan Hormat Dan Lawatan Kerja Rasmi Abm Ke PIS

Tarikh : 08 MEI 2026. Dalam usaha memperkasa kerjasama strategik, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja rasmi daripada Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan). Kunjungan ini telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Zaidi bin Rahmat, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan), dan disambut oleh YBrs. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik, PIS. Turut hadir dalam sesi ini ialah Encik Mohd Fairoz… Read More »Kunjungan Hormat Dan Lawatan Kerja Rasmi Abm Ke PIS

Syabas dan Tahniah

Tarikh : 07 MEI 2026. eluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan syabas dan tahniah atas pemangkuan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH13 Sesi Permohonan Tahun 2024. #politeknikibrahimsultan#PenerajuIlmuSejagat#oneteammoredreams#TVETForAll

Lawatan Kerja Rasmi Dan Pemantauan Tapak Oleh TKSU(PP) KPT

Tarikh : 01 MEI 2026. Satu lawatan kerja rasmi dan Pemantauan Tapak telah diadakan pada 17 April 2026 oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin HassanTimbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan). Turut hadir YBrs. Tn. Hj. Ulaimi Bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK, YBrs. Pn. Noraini Binti Ahmad, Ketua Penolong Setiausaha, JPPKK. Lawatan telah dimulai di bilik persidangan PIS dan kemudian sesi lawatan di sekitar tapak kampus… Read More »Lawatan Kerja Rasmi Dan Pemantauan Tapak Oleh TKSU(PP) KPT

Staf PIS Mengukir Nama Di Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2026.

Tarikh : 30 APRIL 2026. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menyertai Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2026 anjuran MyIPO yang berlangsung di Menara MyIPO, PJ Sentral. Program berlangsung dari 28 – 30 April 2026. Penyertaan ini menampilkan projek inovasi Health Monitoring Safety Smart Jacket yang telah menerima geran TAIGS daripada Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti. Projek ini memberi fokus kepada aspek keselamatan dan pemantauan kesihatan, selari dengan keperluan inovasi semasa.… Read More »Staf PIS Mengukir Nama Di Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2026.