Semangat kesukanan dan gaya hidup aktif mewarnai pagi warga Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menerusi aktiviti ๐๐ซ๐ข๐ฌ๐ค ๐๐๐ฅ๐ค sempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat PIS 2026 yang berlangsung di Dataran Hadapan CDeC, hari ini.
Aktiviti yang bermula pada jam 8.00 pagi itu menghimpunkan warga PIS daripada empat rumah sukan, iaitu Merah, Biru, Hijau dan Kuning dalam suasana penuh semangat kebersamaan.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik PIS, yang hadir mewakili Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Turut hadir ialah Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PIS.
Penganjuran aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga PIS untuk melakukan aktiviti fizikal, malah menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga institusi.
Penglibatan warga PIS tanpa mengira tahap kecergasan membuktikan bahawa amalan gaya hidup sihat boleh dimulakan dengan langkah yang mudah, asalkan dilakukan secara konsisten dan bersama-sama.
Dengan semangat ๐๐ง๐ ๐๐๐, ๐๐ง๐ ๐๐๐๐ฆ, ๐๐ง๐ ๐๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐๐ฉ๐ข๐ซ๐ข๐ญ aktiviti ini menjadi permulaan kepada usaha menyemarakkan budaya sukan dan kecergasan dalam kalangan warga PIS.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ! ๐๐๐ ๐๐๐๐๐! ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐!



