Skip to content
Home » Berita » Program Mobiliti Politeknik Ibrahim Sultan Ke National Institute Of Technology, Sasebo College, Jepun

Program Mobiliti Politeknik Ibrahim Sultan Ke National Institute Of Technology, Sasebo College, Jepun

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) kini sedang mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun bersempena Program Mobiliti PIS ke National Institute of Technology (NIT), Sasebo College yang berlangsung dari 2 hingga 6 November 2026.

Kunjungan hormat ke Pejabat Presiden (Principal’s Office) ini telah disambut mesra oleh Prof. Dr. Sadayuki Shimoda (下田 貞幸, Dr. Eng.), Presiden (Principal) NIT Sasebo College.

Delegasi PIS terdiri daripada:

• Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim – Pengarah PIS (Ketua Delegasi)

• Encik Muhammad bin Mustapha – Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

• Puan Nurul Maizatulakmal binti Ab Razak – Ketua Program Kejuruteraan Mekatronik

• Ts. Dr. Zinvi Fu @ Hu-Jing Wei – Pensyarah Utama, Kejuruteraan Mekatronik

• Ts. Dr. Lim Hooi Peng – Pensyarah Utama, Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)

Sesi pengenalan institusi disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad Arifpin bin Mansor, Department of Computer Science and System Engineering dan Asc. Prof. Dr. Takeshi Ihara, Department of Electrical and Electronic Engineering, NIT. Sasebo College, Jepun. Sesi ini merangkumi perkongsian mengenai latar belakang institusi, program-program akademik yang ditawarkan serta sistem akreditasi program. Perkongsian ini turut memberikan gambaran mengenai sistem pendidikan dan pendekatan latihan teknikal di Jepun.

Menerusi rangka program yang sedang berjalan ini, tumpuan utama diberikan kepada sesi perkongsian profil institusi serta sesi perbincangan meja bulat bagi meneroka pelbagai peluang kerjasama strategik antara kedua-dua belah pihak. Delegasi PIS turut dibawa melawat fasiliti kampus seperti bengkel latihan (Training Workshop), Digital Hub, perpustakaan, dan asrama pelajar.

Inisiatif antarabangsa ini diharap dapat membuka ruang perkongsian amalan terbaik dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET), penyelidikan bersama, inovasi, serta memperluas peluang program mobiliti bagi pelajar dan pensyarah demi melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang berwawasan global.

#politeknikibrahimsultan

#oneteammoredreams

#PenerajuIlmuSejagat

#TVETStar

#POLYCCPemacuNegaraMADANI