Skip to content
Home » Berita » Program Kesejahteraan Psikologi PIS 2026

Program Kesejahteraan Psikologi PIS 2026


Tarikh : 10 SEPTEMBER 2026.

Unit Pengurusan Psikologi, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan Kerjasama Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual, Penyelaras Psikologi Jabatan dan Kelab Pembimbing Rakan Siswa PIS menganjurkan Program Kesejahteraan Psikologi PIS 2026 sebagai salah satu usaha dalam memperkukuh kesedaran dan amalan kesejahteraan psikologi dalam kalangan warga PIS.

🤝 Program ini merupakan satu inisiatif Pegawai Psikologi UPPsi untuk turun ke jabatan bagi menyantuni dan mendekati pelajar, staf serta seluruh warga PIS. Pendekatan ini diharapkan dapat mewujudkan ruang interaksi yang lebih dekat, mesra dan terbuka antara warga PIS dengan Pegawai Psikologi, di samping memperkasakan budaya kampus yang prihatin terhadap kesejahteraan psikologi.

📅 Tarikh: 9 & 10 September 2026

⏰ Masa: 10.00 pagi – 1.00 tengah hari

📍 Lokasi:

* Galeri, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, PIS

* Ruang Legar, Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual, PIS

🌱 PENGISIAN PROGRAM

Program ini menampilkan Klinik Kesejahteraan Psikologi yang merangkumi beberapa aktiviti interaktif dan Psikopendidikan , antaranya:

💬 Klinik Kaunseling

Memberikan ruang kepada warga PIS untuk mendapatkan khidmat kaunseling, mendapatkan pandangan dan sokongan psikologi.

🎨 Terapi Seni

Aktiviti kreatif sebagai salah satu medium untuk meneroka dan mengekspresikan emosi serta menyokong kesejahteraan kendiri.

🧠 Inventori Psikologi

Aktiviti mengenali diri melalui Inventori Personaliti Warna serta DASS-21 (Saringan Minda Sihat).

🎯 Permainan Interaktif

Aktiviti santai dan interaktif yang memberi pendedahan berkaitan kesedaran kendiri, emosi dan kesejahteraan psikologi.

Program ini dilaksanakan bagi:

✔️ Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental;

✔️ Memberikan pendedahan berkaitan penjagaan dan kesejahteraan psikologi;

✔️ Mewujudkan peluang kepada warga PIS untuk mengenali diri dan memahami aspek psikologi;

✔️ Menggalakkan amalan kesejahteraan kendiri; serta

✔️ Membudayakan kesejahteraan psikologi dan mengurangkan stigma terhadap perkhidmatan psikologi dan kaunseling.

💚 Kesejahteraan psikologi merupakan tanggungjawab bersama.

Melalui pendekatan “UPPsi Turun Padang”, Team UPPsi akan terus berusaha mendekati warga PIS dan mewujudkan persekitaran yang lebih prihatin, inklusif serta menyokong kesejahteraan psikologi.

#uppsipis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll

#TVETStar