Seramai 11 orang peserta telah menyertai Program Jejak Kasih Charity yang berlangsung pada 9 Oktober 2026 di Bayu Elderly Care Center. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan warga emas, di samping memupuk nilai empati, kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan peserta.
Antara pengisian utama program ialah aktiviti “Bicara Kasih: Semangat dan Kenangan” yang memberi ruang kepada peserta untuk berinteraksi, mendengar perkongsian pengalaman serta meluangkan masa bersama warga emas.
Penganjuran program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk menyumbang kepada kebajikan warga emas serta meningkatkan kemahiran insaniah, khususnya dalam aspek komunikasi, hubungan interpersonal dan tanggungjawab sosial.
Program ini melibatkan Puan Nurulizati binti Mueedin dan Puan Zulaikha binti Ab Rahman sebagai pensyarah yang terlibat dalam pelaksanaan aktiviti.
Melalui pendekatan khidmat komuniti, program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan menghargai golongan warga emas serta membudayakan sikap prihatin dan saling menghormati dalam kehidupan bermasyarakat.
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams
#JPHPIS
#JejakKasihCharity
#KhidmatKomuniti
#Kesukarelawanan
#TVETStar
#POLYCCPemacuNegaraMADANI



