Tarikh : 30 SEPTEMBER 2026
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menganjurkan Sambutan Hari Psikologi Politeknik Ibrahim
Sultan 2026 bertemakan “Berani Demi Keselamatan, Bangkit Demi Kesejahteraan” yang berlangsung di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil (DTLAJ), PIS, hari ini.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor dan National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) ini menghimpunkan peserta daripada PIS dan pelajar sekolah sekitar Johor Bahru menerusi pelbagai pengisian berkaitan keselamatan dan kesejahteraan diri.
Pengisian program dimulakan menerusi slot “Bangkit Demi Kesejahteraan: Dari Gelap kepada Harapan” yang disampaikan oleh Cr. Ir. Kazren Jusrin bin Abdul Karim, sebelum diteruskan dengan slot “Berani Bersuara, Selamat Bersama”oleh Diraja Malaysia (PDRM) yang mengupas mengenai trend gangguan seksual dan jenayah seksual masa kini.
Program turut diserikan dengan Slot Interaktif: Fun With Kidzoona & Fanpekka oleh AEON Fantasy Malaysia, yang memberikan pendekatan santai dan interaktif kepada para peserta.
Majlis diteruskan dengan Majlis Perasmian Sambutan Hari Psikologi Politeknik Ibrahim Sultan 2026 yang disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, YBrs. Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim.
Penganjuran Sambutan Hari Psikologi ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai aspek keselamatan dan kesejahteraan diri, di samping membuka ruang untuk mendapatkan maklumat, berkongsi pengalaman serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga diri.
PIS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor, National Kidney Foundation of Malaysia (NKF), PDRM, AEON Fantasy Malaysia, Cr. Ir. Kazren Jusrin bin Abdul Karim, para pelajar sekolah sekitar Johor Bahru serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Psikologi Politeknik Ibrahim Sultan 2026.



