Skip to content
Home » Berita » Pencapaian Cemerlang Atlet Olahraga PIS Di Anugerah Sukan Johor (ASJ) 2025

Pencapaian Cemerlang Atlet Olahraga PIS Di Anugerah Sukan Johor (ASJ) 2025

29 September 2025 – Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada atlet pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Saudara Umar bin Osman yang merupakan pelajar Program Diploma Rekabentuk Industri, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, PIS atas pencapaian beliau menerima Anugerah Olahraga Harapan Johor dalam Majlis Anugerah Sukan Johor (ASJ) 2025 yang diadakan di Dewan Kenanga, Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 29 September 2025. Pencapaian beliau ini dalam sukan olahraga telah membawa pulang Piala dan wang tunai bernilai RM5000.00.

Semoga kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai menjadi inspirasi kepada semua mahasiswa dalam membina keterampilan diri serta kebolehpasaran diri dengan akademik serta kegiatan kokurikulum.

#jskkpis
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams
#PolyCCTVETForAll