JABATAN SUKAN, KOKURIKULUM & KEBUDAYAAN (JSKK)
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) Politeknik Ibrahim Sultan bertanggungjawab menyelia kemudahan sukan, kokurikulum dan kebudayaan kepada pelajar dan warga politeknik. Kemudahan yang terdapat bawah seliaan JSKK PIS termasuk Kompleks Sukan (gelanggang badminton dan gimnasium) serta gelanggang-gelanggang sukan. Kemudahan ini boleh juga disewa oleh pihak luar bagi menjalankan aktiviti sukan. Politeknik Ibrahim Sultan juga merupakan Pusat Kecemerlangan Atlet (PKAT) Kayak Politeknik Malaysia.
Visi
Melahirkan graduan TVET yang berpersonaliti unggul,bersahsiah serta berdisiplin tinggi melalui penglibatan dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan
Misi
- Menerap dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Politeknik Ibrahim Sultan terutamanya pelajar
- Menyediakan fasiliti sukan, kokurikulum dan kebudayaan yang selamat untuk digunakan
- Membangunkan bakat sukan, kokurikulum dan kebudayaan yang ada pada seseorang pelajar ke tahap yang lebih baik secara berterusan
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) terdiri daripada tiga unit utama iaitu Unit Sukan,Unit Kokurikulum dan Unit Kebudayaan,Kesenian dan Warisan.
Fungsi perkhidmatan Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK):
- Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti dan kemudahan sukan kepada pelajar di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).
- Pengurusan bakat pelajar yang baru dan memantau dan menambahbaik bakat yang sedia ada.
- Mentadbir urus perolehan serta penambahbaikan kemudahan peralatan sukan dan kokurikulum.
- Menyediakan pasukan yang mewakili PIS dalam sukan, kokurikulum dan kebudayaan.
- Merancang, menyelaras, melaksanakan dan memantau pengisian dan penilaian kurikulum kokorikulum(MPU).
- Melatih dan melahirkan pelajar yang berupaya memimpin dan mempunyai jati diri yang tinggi.
- Membantu dalam mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, berdisiplin, berdedikasi disamping mempunyai sikap toleransi dan kerjasama
Bil | Nama | Jawatan | |
Email Rasmi Jabatan | jskkpis@gmail.com | ||
1 | Mohamed Rafi bin M.S Solaiman | Ketua Jabatan | mohamedrafi@pis.edu.my |
2 | Alyyati binti Mohd Talib | Ketua Kursus Kokurikulum | alyyati@pis.edu.my |
3 | Siti Norbaiah binti Harun | Pegawai Belia dan Sukan | sitinorbaiah@pis.edu.my |
4 | Khadijah binti Md Ali | Ketua Unit Kebudayaan | khadijahali@pis.edu.my |
5 | Siti Salwa binti Kusairi | Pegawai Kebudayaan, Kesenian dan Warisan | sitisalwa@pis.edu.my |
Unit Kokurikulum
Unit Kokurikulum bertanggungjawab dalam membantu jabatan bagi mengurus kursus Kokurikulum di Politeknik Ibrahim Sultan. Unit Kokurikulum juga memfokuskan kepada penyediaan pengetahuan dan pengalaman yang boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik kuliah bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif
Waktu Operasi
ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang
SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup
(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)
Hubungi Kami
Kompleks Sukan
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
Tel : (Pejabat)
Faks : +607-261 2402
Emel : jskkpis@gmail.com