JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan pelajar berkaitan kemasukan, pendaftaran, data, kebajikan, disiplin, pembiayaan dan biasiswa. Jabatan ini menawarkan perkhidmatan sokongan, mengurus dan menyelaras aktiviti untuk pelajar bagi memenuhi keseimbangan antara aspek akademik dan bukan akademik pelajar di kampus.
- Menguruskan perkara berkenaan pengambilan pelajar baharu
- Menguruskan pendaftaran pelajar baharu dan lapor diri pelajar senior
- Mengemaskini rekod dan data peribadi pelajar
- Menguruskan dan menyimpan Fail Peribadi Pelajar
- Menguruskan permohonan tangguh pengajian, berhenti pengajian, pertukaran program pengajian dan pertukaran politeknik
- Menguruskan surat pengesahan dan rawatan pelajar
- Memantau disiplin dan kebajikan pelajar
- Menguruskan perlindungan takaful dan tuntutan bagi pelajar yang layak membuat tuntutan
- Melaksanakan Program Haluan Siswa (PHS) untuk pelajar baharu
- Menyelia urusan pembiayaan, pinjaman dan biasiswa pelajar
- Memantau dan menyelia Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab / Persatuan Pelajar
- Mengurus dan merancang pengurusan disiplin pelajar, pengendalian kes tatatertib, kes disiplin pelajar dan perbicaraan rayuan
- Menguruskan pendaftaran kenderaan pelajar yang meliputi pendaftaran, prosedur pendaftaran kenderaan dan tindakan tatatertib kesalahan lalulintas.
Biasiswa & Pinjaman
Kolej Kediaman
Persatuan & Kelab
Waktu Operasi
ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang
SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup
(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)
Hubungi Kami
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
Tel : +607-261 2488 (Pejabat)
Faks : +607-261 2402
Emel : suratjheppis@gmail.com