Dua atlet Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih empat pingat dalam penyertaan mereka pada ๐๐๐ญ๐ก ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ง๐ ๐๐๐ ๐๐ญ๐ก๐ฅ๐๐ญ๐ข๐๐ฌ ๐๐ก๐๐ฆ๐ฉ๐ข๐จ๐ง๐ฌ๐ก๐ข๐ฉ๐ฌ ๐๐๐๐ yang berlangsung pada 6 hingga 8 November 2026 di National Athletics Centre, Pathum Thani, Thailand.
Kejayaan tersebut diraih oleh Nur Malisya binti Mohd Ishak dan Muhamad Airiel bin Rusli, kedua-duanya pelajar Diploma Reka Bentuk Industri, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), PIS.
Nur Malisya cemerlang menyumbang dua pingat menerusi acara 400 meter dengan meraih pingat perak, manakala pingat gangsa pula diperoleh menerusi acara 4×400 meter campuran.
Sementara itu, Muhamad Airiel turut mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pingat gangsa dalam acara 200 meter dan pingat perak menerusi acara 4×100 meter.
Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan keupayaan dan potensi atlet PIS dalam bidang sukan olahraga, malah turut mengharumkan nama institusi dan negara di pentas sukan antarabangsa.
Seluruh warga PIS merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kedua-dua atlet atas kejayaan yang diraih. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama negara pada masa akan datang.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐!

