Skip to content
Home » Archives for admin » Page 9

admin

Kursus Canva 2025

Mulakan tahun baru anda dengan kursus CANVA yang menarik dan interaktif sesuai untuk pelbagai keperluan masa kini. Kursus dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan. Maklumat kursus adalah seperti berikut: Tarikh: 12 Januari 2025 (Ahad) Masa: 8.00am – 1.00pm Tempat: Makmal CAD1, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan Jom daftar sekarang di https://tinyurl.com/canva-PSH KAMI TUNGGU DI SANA!!!

Info Kemasukan Pelajar Baharu Sesi II 2024/2025

Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II 2024/2025 Semakan Keputusan Permohonan kemasukan sesi II 2024/2025 PERMOHONAN E-RAYUAN SESI II 2024/2025 boleh dimohon bermula pada 5 Disember 2024, pukul 5pm di portal BAPP https://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp

Kunjungan Mesra PIS Ke YWJ

Tarikh : 08 DISEMBER 2024. Satu kunjungan mesra daripada staf Politeknik Ibrahim Sultan telah diadakan ke Muzium Tenun Johor, Yayasan Warisan Johor (YWJ). Kunjungan ini telah disambut oleh Penolong Pengarah Bahagian Pemuziuman, YBrs. Puan Nor Alisa bin Abd Rahman. Hadir dalam lawatan ini mewakili PIS, adalah YBrs. En. Hanizam bin Hussin Ketua Jabatan JRKV, Puan Suhaila binti Basar, Ketua Unit CISEC, YBrs Puan Katijah binti Md Saad, Ketua Unit WBL.… Read More »Kunjungan Mesra PIS Ke YWJ

Pertandingan Mencanting dan Mewarna Batik bersempena Sambutan Hari Batik Malaysia

Tarikh : 08 DISEMBER 2024. Bertempat di Karnival Kompleks Kraftangan Johor, Pertandingan Mencanting dan Mewarna Batik bersempena Sambutan Hari Batik Malaysia seramai 30 orang peserta dari IPTA seluruh Johor telah beraksi dalam mengetengahkan kreteviti masing2 yg bertemakan Flora. Tahniah kepada Puan Suhaila Basar dari PIS telah menjuarai pertandingan tersebut manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi peserta dari UTM. Saguhati ke empat dimenangi oleh Encik Hanizam bin Hussin dan saguhati ke… Read More »Pertandingan Mencanting dan Mewarna Batik bersempena Sambutan Hari Batik Malaysia

Penyertaan Pelajar PIS Di Sambutan Hari Sukarelawan Sedunia Peringkat Negeri Johor 2024

Tarikh : 07 DISEMBER 2024. Penyertaan 30 orang peserta Pelajar dan staf pengiring dari kalangan sukarelawan VT Troopersr PIS telah ke Zoo Johor sempena Sambutan Hari Sukarelawan Sedunia Peringkat Negeri Johor pada 7 Dis 2024 (Sabtu). Pelbagai aktiviti telah diadakan dalam meningkatkan identitit dan jatidiri mahasiswa malah meningkatkan daya tahan serta sokongan sosial kepada komuniti sekeliling melalui kesukarelawanan. Semoga aktiviti kearah kesukarelawanan dapat mencetus idea positif dan gaya hidup sihat… Read More »Penyertaan Pelajar PIS Di Sambutan Hari Sukarelawan Sedunia Peringkat Negeri Johor 2024

Lawatan Dan mesyuarat Kolaborasi Racks Central Singapura Ke Politeknik Ibrahim Sultan

Tarikh : 05 DISEMBER 2024. Satu lawatan dan mesyuarat kolaborasi daripada Racks Central Singapore dengan Politeknik Ibrahim Sultan telah diadakan di Bilik Persidangan PIS serta lawatan ke bengkel Jabatan JKM dan JKE. Lawatan dan mesyuarat ini yang dianjurkan oleh CISEC PIS merupakan jemputan balas PIS daripada lawatan rasmi PIS ke Racks Central Singapore bulan yang lalu dalam usaha merangka serta mengeratkan lagi kerjasama. Kunjungan ini telah diketuai oleh Mr. Bobby… Read More »Lawatan Dan mesyuarat Kolaborasi Racks Central Singapura Ke Politeknik Ibrahim Sultan

Sesi Pembukaan Mock Audit APACC SIRI 1

Tarikh : 02 DISEMBER 2024. Sesi pembukaan mock audit Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) telah diadakan di bilik Persidangan PIS. Majlis telah dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi PIS. Hadir membuat penilaian Mock Audit dua orang Panel Akreditasi iaitu YBrs. Puan Noaryanti binti Mohd Noor, Ketua Penilai Akreditasi dari JPPKK dan YBrs. Encik A. Azman bin Ahmad dari Politeknik Pord Dickson. Turut hadir sama 2 orang pemerhati iaitu YBrs.… Read More »Sesi Pembukaan Mock Audit APACC SIRI 1

PIS Bersama Dalam Bengkel Dan Pembentangan Membangunkan “Malaysia (Johor) – China Industry -Education Alliance”

Tarikh : 28 NOVEMBER 2024. Politeknik Ibrahim Sultan telah bersama dalam Bengkel Dan Pembentangan Membangunkan “Malaysia (Johor)-China Industri – Education Alliance bertempat di Institut Dato’ Onn Iskandar Puteri. Hadir dalam sesi ini adalah Puan Irinah binti Abdullah, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Puan Hjh. Hariana binti Hadin, Ketua Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan PIS. Semoga melalui penyertaan ini akan meluaskan lagi jaringan kerjasama dan pendedahan mahasiswa dalam pendidikan peringkat antarabangsa.l.

Festival Of Idea 2024

Tarikh : 28 NOVEMBER 2024. Satu lawatan pelajar PIS ke Festival Of Idea 2024 telah dilaksanakan. Semoga lawatan ini memberikan banyak pendedahan pengetahuan dan menyuntik minda pelajar dalam pendidikan dan kerjaya akan datang.

Pelajar PIS Ditauliah Pingat Gangsa Pada Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Johor 2024

Tarikh : 27 NOVEMBER 2024. Bertempat di Dewan Sebaguna JKR Johor Bahru, seramai 12 orang pelajar PIS telah ditauliahkan Pingat Gangsa dalam Majlis Pentauliahan ARPRM Peringkat Negeri Johor. Pelajar-pelajar tersebut ialah : ARPRM merupakan program bertaraf antarabangsa yang diadaptasi daripada The Duke of Edinburgh’s International Award. Majlis ini telah dihadiri oleh 250 orang peserta ARPRM seluruh negeri Johor yang telah melengkapkan kesemua komponen Tahap Gangsa dan Tahap Perak. Pempimpin ARPRM… Read More »Pelajar PIS Ditauliah Pingat Gangsa Pada Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Johor 2024