Skip to content
Home » Archives for admin » Page 6

admin

Terima Kasih Di Atas Kunjungan Bank Islam

Tarikh : 07 FEBRUARI 2025. Terima kasih di atas kunjungan Bank Islam iaitu Encik Mohd Izwan Md Noor, Client Relationship Manager dan Encik Mohd Fauzan Sidek, Deposit Manager Corporate Southern Region ke Politeknik Ibrahim Sultan. Telah berlangsung sesi perbincangan beberapa program kolaborasi bersama Hj Ulaimi Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan serta penyampaian kad debit Bank Islam kepada 5 wakil pelajar semester 1 PIS. Bank Islam akan hadir esok bagi membantu… Read More »Terima Kasih Di Atas Kunjungan Bank Islam

Masjid Politeknik Ibrahim Sultan akan mengadakan Program Ihya’ Ramadan dan Iftar Harian sepanjang bulan Ramadan

Tarikh : 04 FEBRUARI 2025. Masjid Politeknik Ibrahim Sultan akan mengadakan Program Ihya’ Ramadan dan Iftar Harian sepanjang bulan Ramadan yang bertujuan untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan pelbagai aktiviti keagamaan serta menyediakan juadah berbuka puasa kepada para jemaah, termasuk pelajar dan masyarakat setempat. Sekiranya tuan/puan ingin memberi sumbangan dalam bentuk kewangan, barangan, atau bahan makanan bagi menjayakan program ini yang mana sumbangan yang diberikan akan digunakan sepenuhnya untuk… Read More »Masjid Politeknik Ibrahim Sultan akan mengadakan Program Ihya’ Ramadan dan Iftar Harian sepanjang bulan Ramadan

Keputusan Pilihanraya Kampus 2025 PIS

Tarikh : 05 FEBRUARI 2025. Keputusan Pilihanraya Kampus 2025 PIS telah diumumkan oleh Puan Rohaida Razi CIDe, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Seramai 2158 pelajar PIS yang telah membuang undi daripada keseluruhan pelajar yang layak iaitu 2438 orang dengan peratus mengundi sebanyak 88.49%. Tahniah kerana peningkatan keluar undi yang tertinggi berbanding tahun 2024 83.47%. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Hj Ulaimi Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Turut hadir Encik Mohd… Read More »Keputusan Pilihanraya Kampus 2025 PIS

Malaysia Junior Silat Championship, Pasir Gudang Open, 1st Series 2025

Tarikh : 03 FEBRUARI 2025. Kelab Silat Naga Selatan Politeknik Ibrahim Sultan telah menghantar 10 pesilat termasuk seorang alumni bagi kejohanan tersebut yang berlangsung pada 30 Januari sehingga 02 Febuari 2025 bertempat di Dewan Muafakat Taman Mawar, Pasir Gudang Johor bagi acara silat olahraga. Kejohanan melibatkan 18 pasukan dengan anggaran 700 pesilat daripada pelbagai perguruan Gayong Malaysia yang melibatkan pertandingan silat seni dan silat olahraga. Politeknik Ibrahim Sultan membawa pulang… Read More »Malaysia Junior Silat Championship, Pasir Gudang Open, 1st Series 2025

Program Basic Of Psychology And Leadership Organization (BOPLO) 2025.

Tarikh : 25 JANUARI 2025. Program Basic Of Psychology and Leadership Organization (BOPLO) anjuran Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi telah berlangsung di Dewan Kuliah Utama PIS. Program ini telah disertai oleh seramai 136 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PRS, Ahli Baru PRS dan ahli-ahli PRS. Program dimulakan dengan ucapan aluan dan amanat oleh Ketua Unit Pengurusan Psikologi, Puan Maslinda Binti Mohd Sah. Turut… Read More »Program Basic Of Psychology And Leadership Organization (BOPLO) 2025.

Shamimi Fazrieyana Zainun Pemenang Program Realiti Outfit Of The Day (OOTD)

Tarikh : 24 JANUARI 2025. Pemenang OOTD PIS dimana dengan rasminya telah ditayangkan episode Finale di RTMklik. Tahniah Shamimi Fazrieyana Zainun pelajar Diploma Reka Bentuk Fesyen dan pensyarah pembimbing Zamila Zainal serta Irni Suhana Ismail. Program telah disempurnakan oleh Datuk Mohamad Azhan Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi. Program realiti Outfit Of The Day (OOTD) merupakan program pertandingan fesyen berbentuk realiti TV yang diterbitkan Unit… Read More »Shamimi Fazrieyana Zainun Pemenang Program Realiti Outfit Of The Day (OOTD)

Penyerahan Dana Trans-Tech 4TVET POLYCC 2025

Tarikh : 23 JANUARI 2025. Hj Ulaimi Yahya, Pengerusi Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Johor telah menerima penyerahan Dana Trans-Tech 4TVET POLYCC 2025 berjumlah RM632,861.00 yang telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Dr. Hj Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di Majlis Aspirasi KPPK Tahun 2025. Tahniah kepada Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Mersing, Politeknik Metro Johor Bahru, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Kolej Komuniti Segamat,… Read More »Penyerahan Dana Trans-Tech 4TVET POLYCC 2025

Inkubator Polygadjet,Unit Keusahawanan Pis Dengan Kerjasama Celcom Digi Telah Mengadakan ‘Program Keusahawanan Dan Cybersafe’

Tarikh : 23 JANUARI 2025. Unit Keusahawanan PIS dengan kerjasama Celcom Digi telah menganjurkan Program Keusahawanan dan Cybersafe kepada seramai 250 orang pelajar termasuk para pensyarah dan staf PIS. Program yang berlangsung melibatkan taklimat Cyber Safe oleh En Roshadi bin Bakri, Trade Marketing Celcom Digi dan juga Pengenalan dan Promosi Inkubator Polygadjet yang telah disampaikan oleh Cik Rohana binti Hasan, Penyelaras Polygadjet. Semoga dengan penganjuran aktviti ini telah mencapai objektif… Read More »Inkubator Polygadjet,Unit Keusahawanan Pis Dengan Kerjasama Celcom Digi Telah Mengadakan ‘Program Keusahawanan Dan Cybersafe’