Tarikh : 23 SEPTEMBER 2026
Sambutan Deepavali di Politeknik Ibrahim Sultan berlangsung dengan penuh meriah dan warna-warni! 🎉
Program anjuran Kelab Silambam Politeknik Ibrahim Sultan di bawah bimbingan Pn. Muneswary Saminathan, bersama Pengarah Program Cik Sonika Manivannan dan pasukan pelajar, telah menghimpunkan seramai 280 orang pelajar daripada pelbagai kaum.
Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan JPH, En. Abdul Kharim Abdul Hamid dan turut dihadiri Ketua Balai Polis Masai, Inspector Jegan Rajoo.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Pertandingan Kolam, Melukis & Mewarna, Nyanyian, Tarian dan Musical Chair, selain menikmati juadah tradisional seperti Pani Poori. 🎨🎶💃🥳
Program berlangsung dengan lancar dan penuh semangat perpaduan, kebersamaan dan keharmonian dalam kalangan warga Politeknik Ibrahim Sultan. ❤️🇲🇾
Deepavali Vaazhthukkal! 🪔✨
ஒற்றுமையே பலம் | Unity in Diversity
#politeknikibrahimsultan
#oneteammoredreams
#PenerajuIlmuSejagat
#TVETStar
#POLYCCPemacuNegaraMADAN



