

UNIT PENGURUSAN STRATEGIK (UStrategik)
Unit Pengurusan Strategik berfungsi sebagai unit yang bertanggungjawab untuk menyelaras pelan strategik Politeknik Ibrahim Sultan bagi mengukuhkan peranan Jabatan/Unit serta memantau usaha penambahbaikan dan pembaharuan pengurusan yang telah dan akan dilaksanakan. Penyelarasan KPI dilakukan bagi memastikan pemantauan dan pelaksanaan yang berkesan. Program utama dan aktiviti khas diselaraskan untuk mencapai objektif Politeknik Ibrahim Sultan, di samping mengumpulkan maklumat pencapaian serta perancangan setiap jabatan/unit. Unit ini juga memastikan semua jabatan/unit berfungsi selari dengan visi dan misi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Politeknik Ibrahim Sultan, serta menyelaraskan perancangan strategik dan pencapaian sebenar bagi memacu kecemerlangan organisasi secara keseluruhan.
- Menyelaras dan memangkin pelan strategik institusi bagi mengukuhkan fungsi, peranan, tugas dan tanggungjawab Jabatan/Unit
- Memantau usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan pengurusan PIS yang telah dicapai dan dirancang untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa
- Menyelaras Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di bawah organisasi dengan memastikan pemantauan dan perlaksanaannya dijalankan
- Membuat penyelarasan program utama dan aktiviti khas yang dikendalikan oleh PIS
- Mengumpulkan maklumat pencapaian serta perancangan bagi setiap jabatan/unit
- Menyelaras dan memangkin pelan peningkatan kemasukan pelajar dengan mengambil aspek promosi, kolaborasi strategik dan pemantauan keberkesanan aktiviti promosi
Ts. Dr Muhammad Helmi bin Abu Bakar
Ketua Unit / Pensyarah JRKV (DH52(M))
muhammadhelmi@pis.edu.my
Pn. Azila binti Wahid
Pegawai Pengurusan Strategik / Pensyarah JPH (DH48)
azila@pis.edu.my
Pn. Norlini binti Husshin
Penyelaras Dasar, KPI dan Hala Tuju / Pensyarah JKM (DH48)
norlini@pis.edu.my
Pn. Rohaida binti Razi
Penyelaras Program Utama dan Aktiviti Khas / Pensyarah JRKV (DH48)
rohaidarazi@pis.edu.my
Waktu Operasi
ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang
SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup
(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)
Hubungi Kami
Unit Pengurusan Strategik
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402
Emel : @pis.edu.my /