Skip to content

Unit Khidmat Pengurusan (UKP) merupakan nadi kepada kelancaran pengurusan di PIS dan menguruskan hal-hal berkaitan Pentadbiran dan Perkhidmatan serta kewangan sebagai salah satu sistem sokongan untuk pembangunan staf sokongan dan Staf Akademik, di mana UKP akan sentiasa bersedia untuk membantu serta menguruskan perkhidmatan staf akademik serta staf sokongan

Fungsi dan peranan UKP adalah bertanggungjawab kepada 3 aspek utama iaitu Pengurusan Pentadbiran,Perkhidmatan dan Kewangan, Pembangunan, Pengurusan Keselamatan,Kebersihan dan Keceriaan(3K) UKP juga berperanan membantu ke arah kesejahteraan pengurusan agar dapat berfungsi dengan baik dan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan Politeknik.

Unit Khidmat Pengurusan diketui oleh Pegawai Eksekutif Tertinggi N36 dan dibantu oleh Penolong Akauntan W32 serta Ketua Pembantu Tadbir N22.

Objektif Unit

BERUSAHA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG KEPADA PELANGGAN MELALUI 7 PRINSIP UTAMA :

  • Jujur
  • Bertanggungjawab
  • Wawasan
  • Bekerjasama
  • Adil
  • Disiplin
  • Perihatin

BERUSAHA MEMBANGUNKAN POTENSI KAKITANGAN MELALUI PENINGKATAN KEMAHIRAN MELALUI LATIHAN

Fungsi / Perkhidmatan
Seksyen Pentadbiran dan Perkhidmatan

Seksyen ini Merancang, mengurus, menyelenggara dan segala aktiviti yang berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan, pembangunan, Sistem Rangkaian Unit Khidmat Pengurusan PIS. Contohnya pengurusan Kebersihan kawasan, Keceriaan persekitaran dan Keselamatan (3K). Mengendalikan kenderaan jabatan dan urusan mengendalikan pembelian barang gunasama.   Selain itu menguruskan perkhidmatan meliputi aspek perlantikan, pengesahan, cuti kursus, laporan, Stor (penyimpanan stok), penghantaran surat dan fail induk.

Mengemaskini memastikan kandungan aplikasi portal seperti Borang keperluan staf/pelajar adalah yang terkini dan sentiasa boleh diaksess dengan mudah.

Memberi khidmat sokongan teknikal yang berkaitan dengan pengurusan pentadbiran kepada Jabatan dan Unit.

Seksyen Kewangan

Seksyen ini merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara aktiviti berkaitan Pengurusan kewangan di PIS.

Seksyen ini menguruskan hal-hal berkaitan dengan kewangan. Urusan kewangan meliputi aspek gaji, pinjaman komputer, bayaran (baucer), hasil, rekod kewangan, pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan. Unit ini bertanggunjawab dalam melaksanakan segala hasil kerajaan bagi mengelakkan Akaun Belum Terima. Antara hasil yang diperolehi ialah jualan borang politeknik, bayaran yuran pengajian elaun perjalanan, dan sebagainya.

Seksyen Perolehan

Seksyen ini berperanan merancang, melaksana dan menguruskan aktiviti perolehan Bekalan/Perkhidmatan/ Kerja bagi Tender dan Sebutharga di PIS. Termasuk penyediaan surat setuju terima dan dokumen kontrak selari dengan pekeliling kewangan yang sedia ada dan sedang berkuatkuasa.

Carta Organisasi
Rujukan / Panduan

Direktori Staff

Waktu Operasi

ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang

SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup

(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)

Hubungi Kami

Unit Khidmat Pengurusan
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim

Tel : +6011-69506673 ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402

Emel : ukp@pis.edu.my /