

UNIT PEMBANGUNAN INSTRUKSIONAL & MULTIMEDIA (UPIM)
UIDM (Unit for Instructional Development & Multimedia) adalah hasil dari penjenamaan semula Unit Multimedia & Sumber yang dahulunya dikenali sebagai Unit Audio Visual – AVA yang telah sedia ada di politeknik ini.
Kini unit ini bukan sahaja terlibat dengan penyediaan perkhidmatan audio visual malah lebih kepada pembangunan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) terbantu multimedia bagi membantu meningkatkan kualiti proses P&P di Politeknik.
PERKHIDMATAN
- Mengurus dan membuat agihan proses peminjaman peralatan dan perkhidmatan multimedia bagi jabatan dan unit di Politeknik Ibrahim Sultan.
- Merancang, mengurus dan melaksanakan keperluan perolehan serta asset peralatan multimedia.
- Merancang, mengurus, mengawalselia dan melaksanakan perkhidmatan audio visual, multimedia dan siaraya.
- Merancang, mengurus, mengawalselia dan melaksanakan proses pembangunan video dan rekaan grafik.
- Merancang, mengurus, mengawalselia dan melaksanakan perkhidmatan rakaman, penyuntingan dan dokumentasi pelaporan gambar di ARKIB.
BIDANG TUGAS PENYELARAS MULTIMEIDA JABATAN:
- Bertangunggjawab menguruskan keperluan peminjaman dan perkhidmatan multimedia untuk program di jabatan.
- Bekerjasama dengan UPIM melaksanakan skop tugas multimedia bagi program-program yang berimpak tinggi di PIS.
- Bertangunggjawab mengumpulkan bahan-bahan rakaman berbentuk foto dan video bagi program-program di jabatan masing-masing dan diserahkan kepada UPIM untuk simpanan ARKIB.
Waktu Operasi
ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang
SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup
(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)
Hubungi Kami
Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402
Emel : uidm@pis.edu.my /