Skip to content

Unit Kualiti berfungsi sebagai unit yang bertanggungjawab untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti di Politeknik Ibrahim Sultan. Unit Kualiti bertanggungjawab menyelaras keperluan pengiktirafan dan persijilan di Politeknik Ibrahim Sultan seperti Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2015), Akreditasi ETAC/MQA/MBOT, KPI, PolyRate. Unit ini juga turut bertanggungjawab menyelaras penarafan institusi seperti penarafan APACC, EKSA, UI Greenmetric dan OSH. Unit ini diwujudkan bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dapat dibentuk dan mencapai objektif berpandukan kepada Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti yang ditetapkan.

Fungsi / Perkhidmatan
  1. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau sistem pengurusan kualiti (SPK) selaras dengan keperluan standard, dokumen kualiti serta peraturan yang sedang berkuatkuasa.
  2. Memantau, memberi cadangan, mengenalpasti ruang dan peluang penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pelaksanaan SPK.
  3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek SPK serta menilai keberkesanannya.
  4. Menjadi rujukan organisasi bagi perlaksanaan SPK dalam memenuhi keperluan srandard dan dokumen kualiti yang berkuatkuasa.
Carta Organisasi
Rujukan / Panduan

Direktori Staff

DR. NORFARAHI BINTI ZULKIFLI
Ketua Unit/Pensyarah JPA
norfarahi@pis.edu.my

WAN NUR FASIHAH BINTI WAN JASNI
Pegawai Pengurusan Kualiti
nurfasihah@pis.edu.my

Waktu Operasi

ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang

SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup

(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)

Hubungi Kami

Unit Kualiti
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim

Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402

Emel : kualiti@pis.edu.my /