UNIT PEPERIKSAAN (UPep)
Unit Peperiksaan Politeknik Ibrahim Sultan adalah suatu unit yang bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti peperiksaan dan penganugerahan Sijil / Diploma / Ijazah Sarjan Muda Akademik pelajar.Unit ini diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan dan dibantu oleh dua (2) orang Pegawai Peperiksaan dan enam (6) orang Penyelaras Peperiksaan Jabatan.
Antara fungsi dan perkhidmatan Unit Peperiksaan adalah:-
Penyediaan Kertas Peperiksaan Akhir
- Proses penggubalan soalan peperiksaan.
- Semakan soalan peperiksaan akhir oleh Panel dilantik.
- Pengurusan bank soalan bagi program yang diselaras
Pelaksanaan Peperiksaan Akhir
Dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu pada setiap hujung semester pengajian
Pemprosesan Keputusan Peperiksaan dan Penilaian Akhir
- Keputusan peperiksaan dan penilaian akhir akan diproses dalam tempoh 2 minggu selepas peperiksaan akhir berakhir.
- Pengumuman keputusan peperiksaan dan penilaian akhir semester secara online.
Pengurusan Persijilan Sijil / Diploma / Ijazah Sarjana Muda
- Pengeluaran Sijil / Diploma / Ijazah Sarjana Muda kepada pelajar yang telah disahkan bergraduat oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPT.
- Penyediaan transkrip penuh bagi graduan
Penguatkuasaan Peraturan Peperiksaan dan Penilaian
Penguatkuasaan Peraturan Peperiksaan dan Penilaian adalah tertakluk kepada “Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian” melibatkan perkara seperti pelanggaran arahan am peperiksaan akhir, kes-kes meniru, cubaan meniru dan memberi tiru dan sebagainya.
Pentadbiran
- Pengurusan gantian sijil/diploma dan transkrip yang hilang.
- Pengesahan maklumat graduan/lulusan.
Transkrip Sementara (Provisional Transcript)
(Untuk lulusan (pelajar) yang telah mendapat status TAMAT PENGAJIAN tetapi belum berkonvokesyen)
- Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Peperiksaan, Politeknik Ibrahim Sultan di talian 07-2611051.
- Lulusan (pelajar) boleh mencetak sendiri Transkrip Sementara (Provisonal Transcript).
- Sila rujuk tatacara mencetak Transkrip Sementara (Provisional Transcript) disini.
Tatacara Permohonan Surat Tamat Pengajian
(Untuk lulusan (pelajar) yang telah mendapat status TAMAT PENGAJIAN tetapi belum berkonvokesyen)
1. Isi Borang Permohonan Surat Tamat Pengajian. (Klik link ini untuk mengisi permohonan: https://tinyurl.com/09stp)
2. Pastikan anda memberikan maklumat yang tepat dan betul ketika mengisi boring permohonan berkenaan.
3. Permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari berkerja.
4. Sila semak e-mail yang anda gunakan semasa membuat permohonan. Surat Tamat Pengajian akan dikeluarkan dalam bentuk softcopy dan dihantar semula kepada anda melalui alamat e-mail yang anda sertakan ketika mengisi permohonan tersebut.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Peperiksaan, Politeknik Ibrahim Sultan di talian 07-2611051.
Tatacara Permohonan Transkrip Lama
(Lulusan dari tahun 2000 hingga 2007)
1. Lulusan perlu mengemukakan dokumen berikut:
1.1 Surat rasmi permohonan untuk mendapatkan transkrip. Surat permohonan ini perlu mempunyai maklumat-maklumat berikut:
a. Nama penuh
b. Nombor kad pengenalan
c. Nombor Pendaftaran Pelajar.
d. Nama Program Pengajian di Politeknik.
e. Nama Syarikat dan alamat tempat latihan industri
f. Nombor telefon yang boleh dihubungi.
1.2 Salinan slip peperiksaan setiap semester. (Jika ada)
1.3 Salinan slip keputusan Latihan Industri. (Jika ada)
2. Hantarkan permohonan anda ke Unit Peperiksaan dalam bentuk softcopy melalui alamat emel berikut: exam.pis.student@gmail.com
3. Permohonan Lulusan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja.
4. Permohonan transkrip anda akan dikeluarkan dalam bentuk hardcopy.
5. Cara pengeluaran transkrip oleh Unit Peperiksaan PIS:
I. Ambil sendiri di Unit Peperiksaan PIS.
II. Diwakilkan. (Hadir bersama surat rasmi kebenaran untuk mewakilkan pemohon)
6. Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Peperiksaan Politeknik Ibrahim Sultan di talian 07-2611051.
Tatacara Permohonan Sijil / Diploma Dan Transkrip Gantian
(Permohonan ini bagi sijil atau transkrip yang hilang atau mengalami kerosakan.)
1. Permohonan bagi Sijil/Diploma Gantian. Lulusan perlu mengemukakan dokumen – dokumen berikut:
1.1 Laporan polis berkenaan kehilangan/kerosakan Sijil/Diploma.
1.2 Surat rasmi permohonan untuk mendapatkan Sijil/Diploma Gantian. Surat permohonan ini perlu mempunyai maklumat-maklumat berikut:
a. Nama penuh
b. Nombor kad pengenalan
c. Nombor Pendaftaran Pelajar.
d. Nama program Pengajian di Politeknik
e. Nombor telefon yang boleh dihubungi.
1.3 Salinan Sijil/Diploma asal. (Jika ada)
2. Permohonan bagi Transkrip Gantian. Lulusan perlu mengemukakan dokumen berikut:
1.1 Laporan polis berkenaan kehilangan/kerosakan Transkrip.
1.2 Surat rasmi permohonan untuk mendapatkan Transkrip Gantian. Surat permohonan ini perlu mempunyai maklumat-maklumat berikut:
a. Nama penuh
b. Nombor kad pengenalan
c. Nombor Pendaftaran Pelajar.
d. Nama program Pengajian di Politeknik
e. Nama syarikat dan alamat tempat latihan industri
f. Nombor telefon yang boleh dihubungi.
1.3 Salinan Transkrip asal. (Jika ada)
1.4 Salinan slip peperiksaan setiap semester. (Jika ada)
1.5 Salinan slip keputusan Latihan Industri. (Jika ada)
3. Bagi pemohon yang ingin mendapatkan gantian bagi Sijil/Diploma dan Transkrip, permohonan hanya perlu dibuat dalam satu surat rasmi permohonan sahaja.
4. Hantarkan permohonan anda ke Unit Peperiksaan dalam bentuk softcopy melalui alamat emel berikut: exam.pis.student@gmail.com
5. Permohonan Lulusan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja.
6. Permohonan Sijil/Diploma atau Transkrip anda akan dikeluarkan dalam bentuk hardcopy.
7. Cara pengeluaran Sijil/Diploma dan transkrip oleh Unit Peperiksaan PIS:
I. Ambil sendiri di Unit Peperiksaan PIS.
II. Diwakilkan. (Hadir bersama surat rasmi kebenaran untuk mewakilkan pemohon)
8. Setiap permohonan Sijil/Diploma dan Transkrip gentian akan dikenakan bayaran seperti berikut:
Perkara | Bayaran (RM) |
Sijil/Diploma (versi BM) | 50.00 |
Sijil/Diploma (versi BI) | 50.00 |
Transkrip | 10.00 |
9. Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Peperiksaan Politeknik Ibrahim Sultan di talian 07-2611051.
Waktu Operasi
ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang
SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM
Tutup
(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)
Hubungi Kami
Unit Peperiksaan
Politeknik Ibrahim Sultan,
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
Tel : ( Ketua Unit)
Tel: (Peg. Peperiksaan Penilaian & Bank Soalan)
Tel : (Peg. Peperiksaan Data, Rekod & Persijilan)
Tel : (Pejabat)
Faks : +607-261 2402
Emel : exampis@pis.edu.my