Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
RINGKASAN PROGRAM
Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah direka bentuk meliputi pelbagai disiplin semasa yang luas dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Pelajar turut didedahkan dengan Asas Elektrik dan Elektronik yang luas merangkumi Prinsip Elektrik dan Elektronik, Asas komputer dan Pengaturcaraan, Reka bentuk Terbantu Komputer, Peranti Semikonduktor, Sistem Komunikasi, Pemasangan Pendawaian, Sistem Kuasa, Mesin Elektrik dan Pengawal Logik Boleh Atur Cara. Pengetahuan dan kemahiran dalam kedua-dua bidang ini akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada graduan.
Tempoh Pengajian : 6 Semester
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang boleh digunakan dalam pelbagai kerjaya khususnya dalam sektor penjanaan kuasa dan industri pembuatan. Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai;
- Juruteknik Elektrik/ Elektronik
- Penasihat Perkhidmatan Kejuruteraan Eletkrik
- Pembantu Teknik
- Penyelia Elektrik/ Elektronik Kejuruteraan
- Penolong Jurutera
Rujukan : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti