07 JULAI 2026
Bengkel Latihan Persediaan Pertandingan PolyCCSkills 2026 bagi bidang Graphic Design Technology telah berlangsung pada 7 hingga 9 Julai 2026 bertempat di Studio Rekabentuk (iMAC Lab), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).
Bengkel ini bertujuan memperkukuh kemahiran dan pengetahuan peserta serta jurulatih berkaitan aspek teknikal Technical Test Project, sekali gus memastikan mereka lebih bersedia dan peka terhadap kehendak pertandingan serta rubrik pemarkahan yang berteraskan standard antarabangsa.
Seramai 27 peserta daripada institusi POLYCC melibatkan empat buah politeknik dan empat buah kolej komuniti telah menyertai bengkel ini, iaitu Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Balik Pulau, Politeknik Muadzam Shah, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Kolej Komuniti Kulim, Kolej Komuniti Paya Besar, Kolej Komuniti Kok Lanas dan Kolej Komuniti Chenderoh.
Semoga segala persiapan dan latihan yang dilalui menjadi pemangkin kepada kejayaan para peserta dalam pertandingan sebenar PolyCCSkills 2026 yang bakal berlangsung pada Ogos 2026.
Selamat maju jaya dan semoga terus melakar kejayaan! ![]()
![]()

