18 JULAI 2026
Kumpulan DATA MINDS dan SINERGI JAUHAR yang mewakili Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dalam Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) 2026, berjaya meraih Pingat Perak menerusi inovasi PIS Digital Centre (PISDC) dan AsamGo.
Konvensyen yang berlangsung pada 13 hingga 15 Julai 2026 di Dewan Mutiara, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang ini menghimpunkan pelbagai produk inovasi sosial dan inovasi penyampaian perkhidmatan dari warga PolyCC seluruh negara.
Penganjuran konvensyen ini menjadi platform penting dalam mengetengahkan kompetensi, kreativiti dan keupayaan warga PolyCC dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi pembangunan TVET negara.
Syabas dan tahniah kepada seluruh ahli kumpulan, serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan pencapaian ini.



