Tarikh : 10 JULAI 2026.
Tahniah diucapkan kepada 22 pelajar Politeknik Ibrahim Sultan yang menganggotai unit beruniform PLASTLDM di bawah penyelarasan Cik Siti Salwa Kusairi, Penyelaras PLASTLDM Politeknik Ibrahim Sultan, kerana telah berjaya menamatkan Kursus Induksi Perajurit Muda PSSTLDM/PLASTLDM Siri 2/26 yang berlangsung pada 6 hingga 10 Julai 2026 bertempat di MPS KD Sri Medini.
Kejayaan ini menjadi langkah penting dalam persediaan mereka menuju Program Perajurit Muda (PtM) TLDM, membina disiplin, jati diri, dan semangat juang demi kecemerlangan serta khidmat kepada negara. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak KD Sri Medini atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.



