Skip to content
Home » Berita » Lawatan kerja rasmi pada hari kedua YBrs. Tuan Hj. Ulaimi bin Yahya,Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (TKPP, JPPKK)

Lawatan kerja rasmi pada hari kedua YBrs. Tuan Hj. Ulaimi bin Yahya,Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (TKPP, JPPKK)

Tarikh : 21 JUN 2026.

Lawatan kerja rasmi pada hari kedua YBrs. Tuan Hj. Ulaimi bin Yahya,Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (TKPP, JPPKK) meninjau perjalanan pendaftaran pelajar baru bagi Sesi I : 2026/2027 di Asrama Politeknik Ibrahim Sultan. Turun hadir sama sesi memantau pendaftaran asrama pelajar adalah YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor TPSA PIS dan YBrs Puan Rohaida binti Razi, CiDe, Mantan Ketua Jabatan JHEP serta jawatankuasa pendaftaran yang terlibat.

Kehadiran TKPP, JPPKK telah menyaksikan hampir seribu orang pelajar telah mendaftar di asrama sehingga pukul 4.30 petang di mana pelajar perempuan telah ditempatkan di blok asrama Hi-10 dan bagi pelajar lelaki telah di tempatkan di blok asrama Hi-Tech 1, Hi-Tech 2, Hi-Tech 3 dan Info-Tech 1.

Selamat mendaftar dan selamat meneruskan pendidikan dalam bidang TVET di PIS.

#jheppis

#jppkkprihatin

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *