Skip to content
Home » Berita » Agihan Bantuan Kasih Johor Kepada Sukarelawan Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan

Agihan Bantuan Kasih Johor Kepada Sukarelawan Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan

Tarikh : 23 JUN 2026.

Pada 23 Jun 2026 telah berlangsung dengan lancar dan jayanya proses agihan Bantuan Kasih Johor (BKJ) kepada sukarelawan-sukarelawan Southern Volunteers (SV) di Politeknik Ibrahim Sultan yang melibatkan seramai 500 penerima terpilih di kalangan pelajar dan pembimbing.

Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi atas keprihatinan berterusan dan memastikan golongan sukarelawan pelajar tidak dipinggirkan dalam agenda kebajikan di negeri Johor.

Southern Volunteers yang diilhamkan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Tunku Mahkota Johor HRH Crown Prince of Johor bukan sekadar sebuah pasukan sukarelawan, tetapi lambang kekuatan semangat kebersamaan, kesatuan dan budaya kesukarelawanan yang semakin subur di Johor. Mereka sentiasa tampil ke hadapan dalam pelbagai kerja-kerja komuniti, membantu masyarakat tanpa mengira masa dan keadaan.

Inilah semangat Bangsa Johor, saling membantu, cakna dan berganding bahu demi kesejahteraan bersama.

Semoga usaha ini terus menyuntik semangat kepada seluruh sukarelawan untuk terus berbakti dan menjadi nadi kepada gerak kerja masyarakat.

Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor

Kepada Allah Berserah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *