Skip to content
Home » Berita » Mesyuarat Lembaga Kurikulum Kursus Pengajian dan Program Latihan di Politeknik (MLK) Bil. 2/2026

Mesyuarat Lembaga Kurikulum Kursus Pengajian dan Program Latihan di Politeknik (MLK) Bil. 2/2026

Satu Mesyuarat Lembaga Kurikulum Kursus Pengajian dan Program Latihan di Politeknik (MLK) Bil. 2/2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi.

Dalam mesyuarat tersebut, permohonan kurikulum baharu bagi Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan Kepujian / Bachelor of Electrical and Electronic Engineering Technology with Honours (BEE) telah dibentangkan oleh Ts. Dr. Nor Hidayu binti Shahadan selaku Pengerusi Program BEE. Hasil mesyuarat memutuskan bahawa kurikulum baharu program BEE di Politeknik Ibrahim Sultan telah diluluskan dan dijangka mula ditawarkan pada September 2027.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, khususnya Ahli Jawatankuasa Program BEE, atas komitmen dan usaha dalam membangunkan kurikulum program ini.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada pembangunan TVET berteraskan industri serta melahirkan graduan berkemahiran tinggi, selaras dengan keperluan ekonomi negara dalam industri High Growth, High Value (HGHV) bagi sektor Elektrik dan Elektronik.

#PolyCCMalaysia

#jkepis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#TVETForAll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *