Skip to content
Home » Berita » Majlis Pentauliahan Briged Bomba Politeknik Malaysia Kali Ke-5 Tahun 2026

Majlis Pentauliahan Briged Bomba Politeknik Malaysia Kali Ke-5 Tahun 2026

Tarikh : 21 MEI 2026.

Seramai 20 orang ahli Briged Bomba Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menyertai Kem Tahunan dan Majlis Pentauliahan Briged Bomba Politeknik Malaysia Kali Ke-5 Tahun 2026 yang berlangsung di Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dianjurkan sepanjang program berlangsung, antaranya Brigade Rescue Challenge (BRC), Brigade Orienteering Challenge (BOC), Brigade Dry Obstacle Drill (BDOD), Brigade Wet Obstacle Drill (BWOD) serta Malam Silang Budaya yang berjaya memupuk semangat kerjasama, kepimpinan dan disiplin dalam kalangan peserta.

Lebih membanggakan, Affandy Danish Qayyim bin Azmi, pelajar Diploma Seni Kulinari, telah dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Institusi, manakala Muhammad Najzaril bin Kamal, pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, telah dilantik sebagai Ketua Platun Institusi atas kecemerlangan, disiplin serta komitmen tinggi yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua 20 orang ahli Briged Bomba PIS atas dedikasi, semangat berpasukan dan komitmen tinggi yang dipamerkan. Penyertaan ini bukan sahaja mengharumkan nama institusi, malah turut memperkukuh pembangunan sahsiah dan kompetensi graduan TVET yang holistik serta berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada pihak pengurusan tertinggi PIS, Unit Latihan Jabatan Bomba Negeri Johor, Balai Bomba Pasir Gudang, para jurulatih, KJSKK, pensyarah Dr. Nurul Shida binti Noni, Puan Farhana binti Falil serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Sokongan dan komitmen yang diberikan amat bermakna dalam merealisasikan aspirasi melahirkan graduan TVET yang cemerlang, kompeten dan berdaya tahan selaras dengan agenda pemerkasaan pendidikan TVET negara.

Kredit Foto : Media Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#POLYCCPemacuNegaraMADANI

#TVETStar

#PolyCCMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *