Skip to content
Home ยป Berita ยป Majlis Pentaulihan Dan Watikah Pelatih Pispa PIS Di 2nd Polycc Malcidac 2026

Majlis Pentaulihan Dan Watikah Pelatih Pispa PIS Di 2nd Polycc Malcidac 2026

Tarikh : 06 JUN 2026.

Pelatih PISPA Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) melakar sejarah peribadi yang membanggakan apabila selamat ditauliahkan dalam majlis penuh gilang-gemilang yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Turut hadir memberikan sokongan dan meraikan kejayaan gemilang ini ialah Kapten Bersekutu (PA) Mohd Firdaus bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PIS. Beliau menzahirkan rasa bangga dan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas disiplin, ketahanan fizikal, serta mental yang tinggi yang telah dibuktikan oleh pelatih.

Kejayaan ini mencerminkan impak positif kokurikulum berkredit dalam melahirkan modal insan yang holistik dan berdaya saing. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pengurusan PIS, jabatan-jabatan akademik, pensyarah kursus, serta seluruh unit sokongan yang telah membantu sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan keberhasilan pelatih PISPA PIS.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada srikandi PIS:

SM (PA) Sharifah Nur Afifah Binti Abd Rizal

Semoga pemakaian pangkat dan penerimaan watikah ini menjadi inspirasi buat seluruh warga kampus untuk terus memimpin, berbakti kepada komuniti, serta sentiasa menjulang nama Politeknik Ibrahim Sultan

#jskkpis

#pispapis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll

#TVETStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *