Skip to content
Home » Berita » Kunjungan Hormat Dan Lawatan Kerja Rasmi Abm Ke PIS

Kunjungan Hormat Dan Lawatan Kerja Rasmi Abm Ke PIS

Tarikh : 08 MEI 2026.

Dalam usaha memperkasa kerjasama strategik, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja rasmi daripada Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan).

Kunjungan ini telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Zaidi bin Rahmat, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan), dan disambut oleh YBrs. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik, PIS.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Encik Mohd Fairoz bin Mohd Saad, Pengurus Unit Latihan ABM Wilayah Selatan, serta barisan pengurusan PIS iaitu YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), dan YBrs. Tuan Haji Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Governan & Sokongan (TPGS).

Pertemuan ini diadakan bagi memperkukuh hubungan kolaborasi dua hala yang telah terjalin antara kedua-dua pihak.

Diharapkan kunjungan ini dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik, sekali gus memberi impak positif terhadap kebolehpasaran pelajar serta graduan PIS pada masa hadapan.

Komitmen berterusan daripada kedua-dua pihak diyakini mampu memperkasa agenda TVET negara, selari dengan keperluan industri semasa dan masa depan.

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll

#TVETStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *